Khamis, Julai 23, 2009

Memperkukuh pendirian, Menerang Jalan

  1. Pada hari ini saya membuat satu ketetapan dalam meneruskan perjuangan mendaulatkan agama dan bahasa bangsa yakni dengan menukar nama blog ini kepada "Akar Bangsa" daripada nama asalnya Mahfuza Mahmud.
  2. Perubahan ini merupakan satu tanda pengukuhan kepada wajah blog ini yang bercitrakan perjuangan mendaulatkan agama Islam dan bahasa bangsa Melayu.
  3. Kenapa "Akar Bangsa" yang saya pilih sebagai nama baru blog ini? Jawapannya kerana dua elemen penting yang menjadi akar bangsa Melayu ialah agama Islam dan bahasa Melayu. Jadi Blog ini akan menjurus kepada perjuangan mendaulatkan dua elemen penting bangsa Melayu ini. Oleh sebab kedua-dua elemen ini merupakan akar kepada bangsa Melayu maka saya telah mengambil keputusan menamakan blog ini kepada "Akar Bangsa"
  4. Jadi selepas ini arah tuju dan pengisian blog ini akan lebih menjurus kepada perjuangan meninggikan agama Islam dan bahasa Melayu. Insyaallah.

3 ulasan:

cikgusaiful 25 Julai 2009 pada 10:02 PTG  

apa ni abang, tukar pulak tajuk blog. Aku mengharapkan walaupun blog ini bertukar tajuk namun perjuangan hang akan tetap sama. Iaitu memperjuangan kebenaran!

Tanpa Nama,  3 Ogos 2009 pada 1:03 PTG  

SLM...tahniah di atas perjuangan melalui blog ini...semoga apa yang diperjuangkan akan mendapat keberkatan di dunia & akhirat..semoga melalui blog ini, kt dapat bertukar tukar fikiran dan berkongsi ilmu...

Tanpa Nama,  3 Ogos 2009 pada 1:10 PTG  

HAI CIKGU FUZA.SAYA ATIQAH..SAYA INGIN BERHUBUNG DENGAN CIKGU MELALUI E MAIL.SAYA HARAP CIKGU FUZA BOLEH BERI ALAMAT E MAIL.

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu