Sabtu, September 19, 2009

Jentikan Akal



"Aku berasa sedih apabila mengenangkan hal orang Melayu yang masih belum insaf mengenai kemunduran mereka, kerana mereka tidak mahu belajar bahasanya sendiri dan tidak mahu menyediakan tempat untuk belajar bahasanya. Adakah orang yang tiada belajar itu akan pandai sendiri..? Kata mereka "Apakah gunanya belajar, bukankah itu bahasa kita? Gunanya di dunia sahaja. Lebih baik bahasa Arab, berguna di dunia dan akhirat. "Hal itu benar,. tetapi bagaimana boleh mengetahui bahasa orang lain sekiranya belum mengetahui bahasanya sendiri terlebih dahulu..? Mereka berkata-kata, berjual beli, berkirim dan membalas surat, semuanya dalam bahasa Melayu. Belum pernah aku melihat, sama ada orang Melayu ataupun peranakan, yang menggunakan bahasa Arab sewaktu berniaga, membuat kira-kira dan berkirim serta membalas surat, melainkan dalam sembahyang dan berdoa sahaja."- Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi.

1 ulasan:

cikgusaiful 24 September 2009 pada 2:58 PTG  

Sedih untuk saya luahkan tapi sebagai perkongsian ilmu saya luahkan juga. Bangsa Melayu adalah salah satu dari bangsa yang tidak mempunyai budaya penyuburan ilmu (dr kitab bahrul Mazi). Malah sekiranya orang Melayu itu bagus ilmunya ia lebih rela menyimpannya kerana takut ilmunya akan di cabar dengan persoalan. Hanya orang Melayu yang mempunyai asas pendidikan ugama yang bagus akan mempunyai sikap untuk berkongsi ilmu...renungkanlah..

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu