Nuzul Al-Quran
Tatkala memperkatakan malam Nuzul Quran, malam 17 Ramadhan antara malam yang amat penting dalam sejarah Islam. Pada malam inilah buat pertama kalinya Al-Quran diturunkan dan disampaikan kepada junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Sebenarnya, menurut Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ ,AlQuran diturunkan dalam dua peringkat iaitu dari Luhf-Mahfuz ke Baitul Izzah dan dari Baitul-Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Tanggal Al-Quran diturunkan dari Lufh-Mahfuz ke Baitul Izzah tidak diketahui kerana Allah s.w.t hanya menyebut pada malam Lailatul Qadar seperti mana dijelaskan dalam surah Al-Qadr. .Firman Allah SWT,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1).
Peringkat pertama ini juga seperti disebut oleh Ibnu Abbas Al-Quran diturunkan secara sekaligus.
Sedang, 17 Ramadhan merupakan tarikh Jibril menyampaikan Al-Quran kepada Rasulullah di gua Hiraq buat kali pertama sehinggalah pada 9 Zulhijjah tahun ke-10 Hijrah, yakni selama 23 tahun secara beransur-ansur. Begitulah serba sedikit sejarah penurunan Al-Quran dalam bacaan saya yang sedikit ini. Jelasnya, sejarah Nuzul Quran merupakan detik yang amat penting kerana pada waktu inilah berlaku perubahan besar dalam sejarah manusia apabila Al-Quran diturunkan sebagai panduan hidup kita. Wassalam.
0 ulasan:
Catat Ulasan