Jumaat, September 04, 2009

Persiapan Kemuncak Ramadhan

Sesuatu yang unik dalam menyambut kehadiran Ramadhan ialah waktu kemuncak bagi bulan Ramdhan itu sendiri. Jika kebiasaannya sesuatu itu kemuncaknya adalah di pertengahannya, namun tidak bagi Ramadhan. Kemuncak bagi Ramdhan adalah Lailatul Qadar atau disebut malam seribu bulan..
Dalam soal ini kita perlu bertanyakan diri kita apakah persiapan kita dalam melalui malam lailatul qadar itu?Malam Lailatul Qadar ini merupakan saat yang amat besar dalam tuntutan beragama. Hal ini ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam Firmannya :“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (surah : al-Qadr, ayat ketiga). Seribu bulan bermakna 83 tahun. Bayangkan betapa besar kelebihan lailatul qadar itu apabila dibuat perbandingan dengan malam-malam yang lain.
Mengikut Imam Malik, sejarah malam lailatul qadar bermula apabila Nabi Muhammad SAW sedar yang usia umat Baginda tidak sepanjang usia umat terdahulu, hanya antara 60 tahun hingga 70 tahun, malah Rasulullah SAW sendiri wafat ketika usianya 63 tahun
“Menyedari hakikat itu, Rasulullah berdoa kepada Allah SWT memohon supaya umatnya dapat beribadat sama dengan nilai ibadat umat terdahulu lalu disebabkan kasihnya Allah SWT terhadap baginda, Allah SWT mengurniakan malam lailatul qadar,”
Jadi dalam soal ini apakah kita telah bersedia untuk menempuhi malam penuh barakah itu? Jika dalam riwayat, Rasulullah pada 10 malam terakhir akan mengurangkan urusan dunia dan akan membangunkan ahli keluarganya untuk beribadah kepada Allah s.w.t., maka bagaimana pula dengan kita? marilah kita memenuhkan malam-malam kita dengan ibadah sesuai dengan tuntutan Rasulullah s.a.w junjungan mulia. Wassalam.

1 ulasan:

cikgusaiful 5 September 2009 pada 12:47 PTG  

Tahniah kerana motivasi yang diberikan.....semoga tuan pun berlumba-lumba mencari keampunan dan keredhaan Allah SWT
p/s asyik tukar theme blog je ni...hebat-hebat dan bila ambil gambar masjid ubbudiah tu?....

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu