Nikmat Sihat Sebelum Sakit
Telah menjadi sunnatullah setiap makhluk pasti akan merasai kesakitan dan kelesuan pada satu detik dalam kehidupan fana ini. Kesihatan merupakan nikmat yang amat berharga kepada setiap makhluk hidup. Tanpa kesihatan maka segala nikmat yang lain pasti tidak dapat kita rasai sepenuhnya. Namun, kita perlu menyedari bahawa kesakitan dan kesihatan merupakan suatu nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t untuk menguji hamba-hambanya. Kita pasti akan lebih menghargai nikmat kesihatan apabila kita sakit. Sesuatu yang perlu kita ketahui ialah segala amal ibadah yang dilakukan secara istiqamah semasa kita sihat akan kita peroleh pahalanya semasa kita sakit meskipun pada saat itu kita tidak lagi mampu melakukannya. Sebagai contoh, jika kita beristiqamah dalam solat berjemaah semasa sihat, apabila badan telah uzur maka tubuh tidak lagi mampu ke masjid, InsyaAllah pahala akan tetap mengalir dalam kitab amalan kita. Ini semua kerana rahmat dan kemurahan Allah s.w.t. Jadi tika badan masih lagi sihat perbanyakkanlah amal ibadah. Dan yang terpenting sekali perlu ISTIQAMAH. Wassalam.
1 ulasan:
Terima kasih atas ingatan yang diberikan. Ucapan Alhamdulillah mestilah sentiasa menjadi amalan harian kita kerana kita di Malaysia terlalu banyak mendapat nikmat dari Allah SWT. Kesenangan dan kesihatan yang diberikan Allah SWT adalah satu yang bernilai dan tak mungkin dapat dihitung...
Catat Ulasan