Isnin, Disember 28, 2009

Perjuangan Diteruskan


Setelah hampir satu bulan bercuti dalam menulis di papan blog ini hari ini saya kembali berblogger. Perjuangan apa sahaja keadaan perlu diteruskan. Sepanjang bercuti pelbagai peristiwa berlaku, antara yang paling bermakna dan manis ialah peristiwa kelahiran puteri saya yang pertama Nur Rauhah Musfirah. Melengkapkan keluarga kami yang sebelum ini didahului oleh dua orang putera. Sesungguhnya kehadirin Nur Rauhah memang ditunggu-tunggu selama ini. Permulaan tahun hijrah ini amat manis buat kami sekeluarga. Selamat datang Nur Rauhah Musfirah ke dunia yang penuh pahit manis ini. Wassalam .

1 ulasan:

cikgusaiful 30 Disember 2009 pada 2:08 PG  

Tahniah kepada saudara....dalam kitab muhimmah menyatakan sebuah hadis Rasulullah SAW tentang kelebihan mempunyai seorang anak perempuan, sama-samalah kita berusaha agar kita mendapat kelebihan sebagaimana yang disebut oleh Nabi SAW. InsyaAllah...

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu