Selasa, Februari 09, 2010

Seruan Kepada Islam

Dalam kehidupan di dunia ini, manusia mempunyai pelbagai pandangan tentang bagaimana sepatutnya mereka hidup. Pelbagai falsafah dan pandangan tentang hal ini dilontarkan oleh manusia. Sebagai contoh dalam masyarakat moden kita pernah dengar tentang marxisme, sosialime, komunisme, kapitalisme dan sebagainya. Namun, semua sistem bikinan manusia ini telah runtuh. Dan mutakhir ini, sistem kapitalisme juga sedang menuju kehancuran. Manusia sering sahaja mencari-cari cara hidup yang dianggap sesuai dengan pandangan mereka, namun akhirnya mereka menjadi tenggelam punca akibat sesat dalam pencarian tersebut.

Sebenarnya, apabila Allah s.w.t mencipta manusia pertama yakni Adam, Allah sebagai tuhan yang bersifat Maha Pencipta dan Maha Bijaksana telah mencipta sistem hidup manusia itu bersekali dengan penciptaan manusia. Allah sebagai Pencipta sudah pasti amat memahami sifat dan fitrah kejadian manusia itu sendiri. Ialah siapakah yang lebih memahami hasil ciptaanNya kalau bukan Allah s.w.t sendiri. 

Bertitik tolak dari kenyataan di atas dengan sifat Pengasihnya Allah telah mengutuskan Rasul sebagai utusanNya yang memandu manusia dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Semua Nabi dan Rasul yang telah diutus oleh Allah s.w.t membawa satu agama yang sesuai dengan fitrah kejadiaan manusia. Malahan, sifat agama itu sendiri adalah fitrah dan amat sesuai dengan kejadiaan manusia. Agama atau lebih tepatnya Deen itu ialah Islam. Islam menawarkan cara hidup yang melengkapi pakej kejadiaan manusia itu sendiri kerana seperti yang telah disebutkan di atas Allah s.w.t menciptakan manusia lengkap dengan cara atau kaedah mereka hendak hidup di dunia ini. 

Memaksa manusia menjalani kehidupan yang tidak sesuai dengan fitrahnya akan menjadikan manusia itu rosak, sama ada rosak dari segi spiritualnya mahupun jasmaninya. Maka, dalam memilih sistem kehidupan di dunia ini manusia tidak ada alternatif lain,hanya Islam yang bersifat fitrah itulah yang akan menjamin kebahagiaan hidup di dunia ini. Jika, kita lihat di sekeliling kita, kita melihat begitu banyak kerosakan dalam masyarakat. Malahan dalam masyarakat Islam sendiri berlaku kerosakan. Hal ini berlaku tidak lain tidak,  kerana manusia muslim yang rosak itu telah meninggalkan cara hidup yang digariskan oleh Islam dan memilih cara hidup lain seperti cara hidup barat atau sekular. Malahan, dalam situasi kini, generasi baru muslim telah dipaksa hidup dengan cara hidup selain Islam. Kita amat sedih, kerana generasi muda seolah-olah melihat Islam dari jauh, sedang jiwa mereka amat menderita, menderita kerana sistem beracun yang disuntik dalam sistem kehidupan mereka. Itulah yang menyebabkan kerosakan berlaku dalam masyarakat Islam kini.

Dalam hal ini, tidak ada alternatif lain dapat kita lakukan selain kembali kepada cara hidup Islam. Setiap kejadian yang dicipta oleh Allah s.w.t perlu tunduk kepadaNya. Apabila manusia memilh untuk mencari jalan hidup yang berbeza dan mereka cipta pula cara hidup sendiri maka mereka sebenarnya memilih untuk menuju kerosakan dan kehancuran. Setiap kejadiaan ciptaan Allah s.w.t telah seimbang dan terbaik seperti dalam firmanNya dalam surah Al-Mulk ayat 3 :

      الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ طِبَاقًا ۖ مَا تَرَىٰ فِي خَلْقِ الرَّحْمَٰنِ مِنْ تَفَاوُتٍ ۖ فَارْجِعِ الْبَصَرَ هَلْ تَرَىٰ مِنْ فُطُورٍ [٦٧:٣]

Dialah yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang. Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? 

Maka, bagi merawat semula jiwa masyarakat kita yang telah rosak ini, marilah kita kembali kepada Islam. Malahan, kepada yang sedang mencari tujuan dan jalan hidup di dunia ini marilah kepada Islam. Islam adalah jawapan kepada kemelut yang ada pada hari ini. Tinggalkanlah cara hidup yang merosakan sistem kejadian manusia itu sendiri. kita kembali kepada ajaran fitrah kejadian kita, yakni Islam, maka segala masalah akan selesai, InsyaAllah 

2 ulasan:

cikgusaiful 9 Februari 2010 pada 11:49 PTG  

Saya tertarik dengan artikel saudara apabila saudara menggunakan ayat 3 dalam surah al-Mulk sebagai salah satu hujah saudara. Izinkan saya berkongsi maklumat dengan saudara dari perspektif sains. Dalam tafsir al-Munir, Dr Wahbah menyebut surah tersebut dinamakan sedemikian kerana Allah SWT memulakan surah tersebut dengan ungkapan memuliakan dan mengagungkan kebesaran darjatNYA. DitanganNYA kekuasaan mutlak dan DIA lah yang memerintah segala apa yang ada dilangit dan di bumi.

Para saintis tidak akan mampu membuat penyelidikan mengenai kewujudan Allah SWT akan tetapi kajian sains membenarkan adanya alam tabi'i sebagai makhluk dan adanya 'Pencipta Alam'. Mutakhir ini banyak kajian sains mengenai kejadian alam semesta membenarkan apa yang diceritakan kepada kita oleh Allah dalam al-Qur'an. Bagi orang yang mempunyai akal dan hati yang terang sudah tentu ia akan melihat bukti saintifik kejadian langit dan alam ini sudah tentu ada Pencipta Yang Maha Berkuasa dan bukannya wujud secara semulajadi. Langit yang bertingkat dijelaskan oleh Nabi SAW dalam peristiwa agungnya iaitu Israk dan Mikraj dimana baginda SAW melintasi 7 lapisan langit untuk bertemu dengan Allah SWT untuk menerima perintah solat.
Sesungguhnya kejadian alam ini jika diteliti dengan betul akan menambahkan keyakinan kita untuk mempercayai zat Allah yang Maha Agung....

Hj Abdullah,  22 Februari 2010 pada 11:38 PTG  

MashaAllah, MArilah kita kepada Islam.

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu