Khamis, April 01, 2010

Seruan Kepada Pemuda

 Wahai sekalian pemuda!

Kita sama-sama wajib yakin dengan tulus hati, bahawa satu-satunya ajaran yang dapat menyelamatkan dunia yang diancam bencana peperangan, yang dapat memimpin umat manusia yang sesat ke jalan yang lurus ialah akidah dan ajaran Islam. Dan ajaran Islamlah yang menuntut pengorbanan harta dan jiwa dalam rangka mengajak manusia ke jalan yang benar. Ajaran Islam adalah yang lurus, dan sesiapa yang mengikuti jalannya mereka tidak akan sesat selama-lamanya.

Firman Allah Subhanawataala :









إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ

"Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah ialah Islam"
(Surah Ali Imran Ayat 19)


Jadi pegangan kita ialah ISLAM. Kita bersandar, bersumber, dan berjuang untuk meninggikan kalimatNya. Tidak ada suatu sistem yang dapat menandingi aqidah Islam. Kita hanya berpedoman kepada ajaran Islam dan hanya patuh kepada hukum Islam.



Firman Allah Subhanawataala :





وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ 

"Sesiapa yang mencari agama selain Islam, maka tidak akan diterima agama itu. Ia akan masuk dalam golongan orang yang rugi di akhirat nanti"  
(Surah Ali Imran Ayat 85)


Telah datang suatu masa di mana Islam dan kaum muslimin ditimpa bencana dan bahaya kerana musuh-musuh Islam berusaha memadamkan sinar cemerlang Islam. Mereka menyesatkan umat Islam dan melemahkan pembelanya. Mereka mendangkalkan ajaran dan hukum Islam, baik dengan mengurangi, menambah atau mentafsir dengan tafsiran yang salah. Jatuhnya kekuasaan politik Islam semakin menambahkan bencana itu. Terkoyak-koyaknya kerajaan Islam mendorong terpecah-pecahnya persatuan umat Muhammad   maka mudahlah orang-orang kafir menindas umat Islam.

Oleh itu, yang mesti digarap adalah dakwah dengan menerangkan syariat Islam dengan jelas, lengkap dan tepat kepada seluruh umat manusia. Itulah bahagian teorinya. Di samping itu, pemuda Islam mesti berjuang mewujudkan dan melaksanakan ajaran Islam, dan melaksanakan hukum Islam ini adalah bahagian praktisnya.

Pegangan Umat Islam adalah Al-Quran yang tidak ada keraguan di dalamnya, dan sunnah yang sahih dan pasti dari Rasulullah . Semua itu, harus dilakukan hanya untuk mencapai keredhoan Allah Subhanawataala, untuk melaksanakan kewajipan dan memandu umat manusia. 

Kita berjuang untuk melaksanakan ajaran Islam, mempertahankan selama hayat masih dikandung badan. Kita berseru agar seluruh umat manusia berkorban segala sesuatu untuk Islam. Hidup dan mati tetap mulia bersama Islam.

Semboyan kita ialah : Allah tujuan akhir kami, Rasul pemimpin kami, Al-Quran Undang-undang kami, Jihad adalah sistem hidup kami, dan mati di jalan Allah cita-cita mulia kami.

(Dipetik dari tulisan As- syahid Imam Hassan Al-Banna) "Majmu' Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna." 

2 ulasan:

Ikwanul Muslimin Malaya,  5 April 2010 pada 10:05 PTG  

Bilakah lagi akan munculnya mujahid seperti Al Imam Hasan Al-Banna? Islam amat memerlukan pemimpin seperti beliau.

cikgusaiful 6 April 2010 pada 10:52 PTG  

Alhamdulillah dapat saya meluangkan masa untuk mengulas artikel saudara...
Nampaknya mutakhir ini baru saya mengetahui yang saudara adalah antara ribuan muslimin yang mengkagumi Imam As-Syahid Hasan al-Banna...

Ingin saya berkongsi dengan kata-kata beliau ketika di temuramah oleh seorang wartawan TV Mesir pada tahun 1945 yang saya petik dalam buku "50 tokoh Islam yang berpengaruh dalam abad ke-20" keluaran PTS. Kata beliau:

"Saya adalah pengembara mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni. Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya."

Jesteru dia berseru: "Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutuiNya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerah diri. Inilah saya, anda pula siapa?


Renung-renungkan... ('',)

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu