Ahad, Mei 16, 2010

Selamat Hari Guru

Alhamdulillah, saya baru ada kesempatan mencoret di blog ini pada waktu ini setelah selesai melaksanakan aktiviti ziarah ibu dan kakak di Ipoh. Pada hari ini kita telah sedia maklum bahawa hari ini ialah hari guru. Jadi pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru saya dari tadika di kampung Ayer Hitam, hinggalah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Ayer Hitam, Seterusnya guru-guru saya di SM Seri Perak Teluk Intan, hinggalah guru-guru di USM, Pulau Pinang. Cikgu-cikgulah insan yang telah membentuk citra peribadi saya pada hari ini, InsyaAllah. segala tunjuk ajar dan didikan cikgu kepada saya, Allah akan ganjarkan di dunia dan akhirat.Amin. .

1 ulasan:

cikgusaiful 17 Mei 2010 pada 6:46 PTG  

Betapa mulianya jasa seorang guru sepanjang hidup kita. Tahniah kerana saudara telah mengakui takdir saudara sebagai guru. Kerana terkadang kita selalu lupa apa peranan kita hidup di muka bumi Allah. Saya mengingati diri saya dan ingin berkongsi sedikit dalam proses kehidupan sebagai seorang guru. Kita haruslah berusaha mencari ilmu dan menambahkan ilmu dalam dada kita. Kerana hanya ilmu yang akan mengangkat martabat seorang guru. Ilmulah yang akan menentukan tinggi atau rendahnya martabat sesorang, bukannya harta atau keturunan. Seperti kata pujannga Islam "Barangsiapa mencari perhiasan untuk dirinya, cukuplah ilmu itu sebagai perhiasan!"

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu