Rabu, November 10, 2010

Saat yang Didambarkan

Setelah lama tidak menulis di alam siber hari ini terasa rindu pula untuk menulis di blog ini. Sebenarnya rasa rindu ini tercetus daripada perbincangan kami beberapa orang guru bersama-sama Dr Jamnul Azhar Hj Mulkan selepas ceramah perdana pada malam semalam. perbincangan kami berkisar tentang peristiwa akhir zaman dan kemunculan Imam Mahdi dan nabi Isa ibn Maryam a.s..

Dalam perbincangan tersebut DR Jamnul menceritakan daripada sebuah hadis yang panjang tentang detik kemunculan nabi Isa ibn Maryan a.s. Menurut beliau berdasarkan hadis tersebut nabi Isa akan muncul di Masjid Nabawi pada hari Jumaat, sebelum solat Jumaat. Pada waktu tersebut para jemaah hampir ingin mendirikan solat Jumaat yang akan diimami oleh Imam Mahadi. Maka muncullah seorang lelaki asing memberikan salam kepada Rasulullah, Abu Bakar as-siddiq dan Umar ibn Khatab di makam mereka. Tatkala itu, semua hadirin memandang kepada lelaki asing tersebut. Maka dalam kalangan jemaah Jumaat pada tengah hari itu hanya seorang sahaja yang mengenali lelaki asing itu yakni Imam Mahdi. Beliau akan menyebut bahawa lelaki asing itu ialah nabi Isa Ibn Maryam.

Sesuatu yang menarik tentang detik itu ialah alangkah indahnya jika saya menjadi salah seorang daripada jemaah Jumaat pada hari itu. Alangkah indahnya apabila dapat menatap dan bersalaman dengan seorang nabi Allah dan bersama mereka berjuang menentang si Dajal laknatullah.Sesungguhnya itulah saat yang amat didambarkan. Wassalam.

1 ulasan:

cikgusaiful 20 November 2010 pada 9:27 PG  

Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita sentiasa kekal dalam iman dan Islam hingga ke akhirnya. Dan sentiasa berharap agar kita tergolong dalam kalangan manusia yang dapat bersama-sama membantu menyemarakkan kebangkitan ini.

Terima kasih kepada Saudara Mahfuza dan Saudara Shukri kerana nasihat dan saranan yang diberikan semasa kita sarapan di kedai makan hadapan BOMBA KK. Saya akhirnya membuat keputusan untuk menerima jawatan GC (Sains) setelah memikirkan saranan dan masa depan Applied Science.

Semoga Allah sentiasa merahmati persahabatan kita semua di SMTKK.

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu