Isnin, April 11, 2011

Daripada Rasulullah untuk Kita

.
عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله
عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا
نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ
الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ
غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ
الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ
وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري
ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):


Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya dalam (بدء
الخلق (باب ذآر الملئكة) ) nombor 3036, dan dalam ( القدر ) dan dalam ( الأنبياء ) . Al-Imam Muslim meriwayatkannya di awal kitab ( القدر ) bab ( باب آيفية خلق الآدمي ) nombor 2643.).

2 ulasan:

cikgusaiful 19 April 2011 pada 11:13 PG  

Saya agak tertarik dengan hadis yang dimuatkan dalam entri saudara ini. Maka saya membuat sedikit rujukan di dalam kitab Bahrul Mazi (BM) karya Syeikh Idris al-Marbawi. Hadis yang saudara nyatakan ini diletakkan oleh Imam at-Tirmizi di dalam tajuk al-Qadr pada bab yang telah datang pada menyebutkan hadis bermula segala amal itu diiktibarkan dan diperlakukan dengan kesudahan umurnya. Hadis ini diletakkan pada kedudukan hasan lagi sahih.
Ketika mensyarahkan hadis ini Syeikh Idris al-Marbawi menyebutkan "Ketahuilah kiranya ya saudaraku tiada syak seseorang itu ada baginya akhir ajalnya tetapi tiada sesiapa tahu akan tiba ajalnya melainkan Allah jua. Maka terupalah kita akan kelakuan bahagia atau celaka diakhir ajal dengan empat kelakuaan
1. Seseorang itu jahat daripada awal umurnya sampai hampir mati lalu taubat ia hingga kekal iman dan taat sampai mati, maka matilah ia dalam keadaan bahagia.
2. setengah orang itu beriman dan taat dan kuat buat ibadat daripada mudanya, tiba-tiba pada akhir ajalnya sudahlah ia berpaling kufur dan masad dan berbuat maksiat (Ya Allah lindungilah dan peliharalah kami dari tergolong dalam golongan ini)
3. Setengah orang itu iman dan taat ia daripada mudanya sampai akhir ajalnya hingga mati ia dalam hal yang demikian maka ialah orang yang amat bahagia. (Ya Allah jadikanlah dan golongkanlah kami dalam kalangan orang-orang yang bahagia)
4. Setengah orang itu kufur dan maksiat ia sampai mati. (Ya Allah jauhilah kami daripada golongan ini)"
Maka inilah kejadian rupa kelakuan manusia sampai akhir ajal sesorang itu.
Terima kasih kerana hadis yang saudara masukkan dalam entri ini, semoga kita sentiasa berusaha menjadi orang-orang yang bahagia.

Tanpa Nama,  15 Mac 2013 pada 4:46 PTG  

cheap valium online no prescription where can i buy real valium online - buy cheap generic valium

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu