Memaparkan catatan dengan label Bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahasa. Papar semua catatan
Khamis, Mei 27, 2010
Usaha seperti ini perlulah dipergiatkan agar Dasar MBMMBI akan berjaya mencapai matlamat dan berjalan lancar. Kita tidak mahu masalah buku rujukan dan latihan akan menjadi hujah kepada mereka yang tidak bersetuju dengan dasar ini. Kita perlu memastikan Dasar MBMMBI ini berjaya menggantikan Dasar PPSMI dan dalam masa yang sama berjaya memperbaiki kepincangan yang berlaku dalam Dasar PPSMI.
Hendaknya, pihak swasta turut berganding bahu bersama-sama ITNM memperbanyakkan lagi koleksi buku-buku rujukan dan kerja dalam bahasa Melayu. Namun, dalam usaha menterjemah buku-buku rujukan ini ke dalam bahasa Melayu suatu perkara yang penting ialah agar kualiti terjemahan buku-buku tersebut berada pada tahap yang tinggi dan mudah difahami oleh para pelajar. Wassalam
Baca selengkapnya......
Khamis, Mac 25, 2010
Persediaan Kemahiran Berbahasa dalam Dakwah
Wahai Tuhanku! Lapangkanlah dadaku. Dan mudahkanlah bagiku urusanku. Dan bukakanlah simpulan dari lidahku. (Supaya) mereka memahami perkataanku."
(Surah Toha, Ayat 25-28)
Petikan ayat dari surah Toha di atas jelas menujukkan keperluan lidah yang fasih dalam proses berdakwah. Nabi Musa alaihissalam telah memohon kepada Allah Azzawajalla agar dikurniakan lidah yang fasih tatkala berhadapan dengan Firaun laknatullah agar proses dakwah Baginda berjalan lancar dan dapat difahami.
Jelas dalam soal ini, kita mendapati bahawa keperluan lidah yang fasih amat penting kepada seorang dai'e seperti kita. Dalam proses dakwah segala wadah perlu digunakan bagi mendapatkan kesan yang baik. Dalam proses dakwah komunikasi tidak dapat tidak mesti berlaku. Dalam hal ini, keberkesanan proses komunikasi amat berkait rapat dengan kemahiran berbahasa. Tanpa kemahiran berbahasa proses komunikasi akan pincang dan tidak berkesan. Dalam situasi ini kita perlu memahami bahawa kemahiran berbahasa meliputi kemahiran bertutur, menulis, dan mendengar.
Seorang dai'e yang berjaya perlu menguasai ketiga-tiga cabang kemahiran bahasa tersebut. Malahan, Rasulullah sendiri menggunakan ketiga-tiga kemahiran tersebut dalam proses dakwah baginda. Rasulullah memiliki lidah yang fasih hingga kaum musyrikin Mekah melarang orang ramai daripada mendengar barang sedikitpun kata-kata Baginda kerana tatkala mendengar kata-kata Rasullulah pasti hati akan terpaut kepada dakwah Baginda.
Selain kemahiran bertutur dakwah Rasulullah juga meliputi penulisan. Bukan sedikit warkah-warkah baginda utuskan kepada raja -raja di sekitar semenanjung Tanah Arab yang menyeru kepada Islam. Rasulullah melalui juru tulis Baginda seperti Abu Hanzalah bin Ar Rabie telah mengutus warkah kepada Raja Rom dan ketua kabilah sekitar Madinah. Jelaslah bahawa kemahiran berbahasa amat penting dalam melancarkan proses dakwah.
Oleh itu, sebagai dai'e kita perlu menguasai kemahiran berbahasa agar proses dakwah kita berkesan. Dalam konteks masyarakat setempat seperti masyarakat Malaysia ini, menguasai bahasa Melayu menjadi amat penting kerana tanpa pengetahuan dalam bahasa ini maka komunikasi dengan masyarakat setempat akan terbantut. Hal ini kerana bahasa Melayu merupakan lingua franca masyarakat di Malaysia dan bahasa ini merupakan bahasa yang dapat difahami oleh kebanyakan lapisan masyarakat di negara ini.
Malahan, adalah lebih baik lagi jika kita dapat pula menguasai bahasa daerah atau loghat di sesuatu tempat seperti loghat Perak, Kedah, Kelantan dan sebagainya. Hal ini kerana, apabila kita bergaul dengan masyarakat kita akan mudah diterima apabila kita dilihat mempunyai persamaan dengan mereka.
Sebagai seorang dai'e kita perlu mempersiapkan diri kita dengan pelbagai nilai tambah agar dakwah yang ingin disampaikan berkesan. Meskipun hidayah hanya di tangan Allah, tetapi ingatlah usaha tetap juga perlu dilaksanakan. Sekian, Wassalam.
Contoh warkah Rasulullah s.a.w:

Label:
Bahasa
Isnin, Februari 22, 2010
Peranan Guru Bahasa Dalam Proses Dakwah
Antara ciri yang membezakan manusia dan haiwan ialah peranan akal. Manusia dikurniakan akal manakala haiwan tidak memiliki akal fikiran. Segala perbuatan haiwan yang terlihat bukanlah kerana haiwan boleh berfikir seperti manusia tetapi kerana naluri yang dibekal oleh Allah s.w.t. Jika kita lihat seekor haiwan menyayangi anaknya bukanlah bermakna haiwan tersebut mempunyai pemikiran tetapi hanyalah kerana haiwan memiliki naluri.
Bahasa merupakan cerminan keberadaan akal pada diri manusia. Bahasa manusia mempunyai kod-kod tertentu sehingga manusia lain dapat mentafsir kod tersebut dan membalas dengan kod yang lain. Dalam erti kata lain kod-kod itu terdiri daripada gabungan bunyi yang membentuk gugusan perkataan yang kemudian disusun menjadi ayat yang bermakna.
Dalam sistem manusia yang semakin moden, susunan bahasa telah dirancang secara sistematik dan teratur sehingga menimbulkan ilmu tatabahasa atau nahu. Dan inilah yang menjadi salah satu tugas guru bahasa yakni menyebarkan penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu.Sebenarnya, ketepatan penggunaan tatabahasa dalam pertuturan mahupun penulisan akan menimbulkan suatu bentuk komunikasi yang tepat dan mudah difahami. Ilmu tatabahasa akan menerbitkan satu organisasi wacana yang sistematik dan berkesan dan ini amat penting dalam proses menyampaikan mesej kepada manusia lain.
Guru bahasa juga perlu faham bahawa tugas mereka amat besar dalam proses melahirkan para da'i. Salah satu sifat penting seorang pendakwah atau da'i ialah bersifat tabligh yakni menyampaikan. Dalam proses menyampaikan isi dakwah penggunaan bahasa memainkan peranan yang amat besar, Tanpa penggunaan bahasa yang tepat segala isi dakwah yang murni tidak akan sampai ke lubuk hati golongan sasaran. Sebagai pendakwah mereka perlu menyediakan diri dengan ilmu pidato agar dakwah yang ingin disampaikan berkesan . Semua itu, perlu disediakan oleh seorang guru bahasa. Inilah peranan guru bahasa dalam proses dakwah yakni melahirkan pendakwah yang petah berpidato dalam dakwahnya.
Selain ilmu pidato, seorang pendakwah juga perlu bersedia dengan ilmu perdebatan. Hal ini kerana, dalam proses dakwah mereka perlu berhadapan dengan pelbagai jenis manusia. Dalam keadaan ini, kadang-kala mereka perlu mempertahankan hujah dengan cara berdebat. Kadang-kala kita lihat seorang pendakwah mempunyai ilmu yang luas tetapi malangnya dia gagal mengeluarkan ilmu yang terpendam dalam hati dan pemikiran semasa berhujah. Implikasinya, dia gagal mempertahankan kebenaran. Maka, natijahnya berlakulah pelbagai fitnah dalam masyarakat. Semua ini berlaku kerana tiadanya ilmu dalam perdebatan. Jadi peranan guru bahasalah mendidik dan mengajar para pendakwah ini berhujah dan mengeluarkan fikiran dengan lancar dan berkesan.
Selain ilmu yang berkaitan dengan pertuturan, dalam dunia dakwah pelbagai wahana perlu digunakan termasuklah dengan cara penulisan. Tradisi dakwah membuktikan cara penulisan banyak digunakan oleh para ulama silam mahupun kontemporari. Pelbagai kitab ditulis dengan mata pena. Malah ada kata-kata hikmat menyebut "mata pena lebih tajam dari mata pedang." Semua itu menjelaskan ilmu penulisan amat penting kepada para pendakwah. Para guru bahasa perlu jelas bahawa kitalah yang perlu menyediakan para pendakwah yang memiliki ilmu penulisan yang tinggi agar segala ilmu dapat dicatat dan disampaikan dengan berkesan. Tanpa ilmu penulisan ini maka gedung ilmu yang dimiliki oleh para ulama atau ilmuan ini akan terkubur bersama mereka tatkala mereka kembali ke rahmatullah. Maka, pada masa itu rugilah segala manusia yang tinggal. Namun, jika para ulama dan ilmuan ini dapat menghasilkan kitab dan buku atas usaha kita guru bahasa mengajar mereka dengan ilmu penulisan maka beruntunglah kita dan dunia seluruhnya.
Kesimpulannya, kita guru-guru bahasa mempunyai peranan yang amat besar dalam agama. Kita ialah penyedia para da'i untuk agama Allah ini, Keberkesanan dakwah amat bergantung kepada ilmu yang kita curahkan kepada anak murid kita. Hari ini kita tidak tahu mungkin ada dalam kalangan anak murid kita kelak menjadi ulama atau ilmuan besar yang berjasa kepada masyarakat. Jika tidakpun anak murid kita, peranan dakwah ini juga terpikul di bahu kita sebagai seorang muslim. Jadi ilmu bahasa yang ada pada diri kita ini sebarkanlah kerana peranannya cukup besar dalam memperkasakan agama Islam di muka bumi ini. Wassalam.
Label:
Bahasa
Jumaat, Januari 01, 2010
Rasional Pemansuhan Dasar PPSMI
Berikut merupakan fakta dan rasional pemansuhan Dasar PPSMI yang ternyata amat tepat. Keputusan kerajaan memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tahun 2011, akan memberikan sinar baru buat murid-murid kita di sekolah.
Dengan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, dan bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar dalam kedua-dua mata pelajaran ini. Strategi ini mengambil kira fakta yang disokong oleh kajian-kajian saintifik bahawa peningkatan kefahaman pelajar mengenai konsep-konsep sains dan matematik adalah berkait rapat dengan penggunaan bahasa pengantar yang mudah difahami oleh mereka. Pada masa yang sama, kita percaya bahawa peningkatan penguasaan bahasa Inggeris boleh dicapai melalui penambahbaikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris..
Pada kesempatan ini saya ingin mengemukakan data-data emprikal yang menjadi asas kepada keputusan kerajaan untuk memansuhkan PPSMI. Pertama, data-data rasmi menunjukkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik merosot semasa pelaksanaan PPSMI. Dalam peperiksaan UPSR pada tahun 2008, hanya 79.7 peratus pelajar luar bandar lulus mata pelajaran Sains berbanding 83.2 peratus pada tahun 2007. Bagi pelajar bandar pula, peratusan lulus telah merosot daripada 85.1 peratus pada tahun 2007 kepada 82.5 peratus pada tahun 2008.
Bagi mata pelajaran Matematik pula, pencapaian lulus murid di bandar telah merosot daripada 84.8 peratus pada tahun 2007 kepada 80.9 peratus pada tahun 2008. Pencapaian murid di luar bandar juga merosot daripada 80.9 peratus pada tahun 2007 kepada 77 peratus pada tahun 2008. Ini bermakna hampir 170,000 orang pelajar gagal bagi kedua-dua mata pelajaran Matematik dan Sains di peringkat UPSR semasa PPSMI dilaksanakan.
Kegagalan menguasai Matematik dan Sains di peringkat rendah sudah tentu akan menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar ini dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut di peringkat menengah, dan sekali gus menjejaskan hasrat kita untuk menjana modal insan yang memiliki ilmu dan kemahiran yang tinggi dalam bidang sains dan teknologi, sebagai wahana penting untuk melonjakkan kemajuan negara ke tahap yang lebih tinggi.
Kedua, kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh Kementerian Pelajaran dan juga para penyelidik bebas mendapati bahawa pelajar yang memiliki tahap penguasaan bahasa Inggeris yang sederhana dan lemah menghadapi kesukaran untuk memahami mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Dalam peperiksaan UPSR 2008, 30.6 peratus pelajar luar bandar gagal dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris, menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris mereka masih berada di tahap yang lemah. Ini menyebabkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Matematik dan Sains tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Hasil pemantauan Kementerian Pelajaran juga menunjukkan bahawa guru-guru menghadapi masalah untuk menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Hanya 8.6 peratus guru menggunakan lebih 90 peratus masa pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris adalah jauh lebih rendah bagi sekolah-sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman. Ini disebabkan oleh tahap penguasaan bahasa Inggeris yang amat rendah di kalangan pelajar luar bandar dan pedalaman. Keadaan ini memaksa guru-guru untuk menggunakan dwi-bahasa, iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, dalam pengajaran Sains dan Matematik. Soalan peperiksaan juga terpaksa dibuat dalam dwi-bahasa kerana masalah penguasaan bahasa Inggeris yang rendah di kalangan pelajar. Justeru, apa yang dilaksanakan sejak enam tahun yang lalu bukanlah PPSMI, tetapi PPSMI/BM. Guru-guru mengajar mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Hanya segelintir pelajar yang dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dengan baik, dan mereka ini ialah pelajar-pelajar yang telah menguasai bahasa Inggeris dengan cemerlang. Berdasarkan pemantauan Kementerian Pelajaran, kelompok pelajar ini tidak lebih 8 peratus daripada keseluruhan jumlah pelajar di negara ini.
Berdasarkan realiti ini, Kerajaan berpandangan bahawa sekiranya dasar PPSMI diteruskan, majoriti pelajar yang sederhana dan lemah dalam menguasai bahasa Inggeris akan mengalami 'double jeopardy'. Kajian saintifik menunjukkan bahawa penguasaan bahasa Inggeris mereka tidak meningkat, dan pada masa yang sama mereka juga gagal menguasai konsep-konsep asas Sains dan Matematik. Sekiranya keadaan ini berterusan, dikhuatiri akan berlaku situasi knowledge deficit di kalangan pelajar, di mana pelajar-pelajar yang gagal menguasai konsep-konsep asas sains dan matematik oleh kerana halangan bahasa, akan menghadapi masalah untuk menguasai ilmu Sains dan Matematik di peringkat yang lebih tinggi. Keadaan ini tentunya akan mendatangkan kesan negatif kepada pembangunan modal insan di negara kita dalam jangkamasa panjang.
Ketiga, kajian di peringkat antarabangsa, termasuk oleh UNESCO, yang memperakukan bahawa bahasa yang mudah difahami oleh pelajar, seperti bahasa ibunda, adalah bahasa terbaik untuk dijadikan bahasa pengantar, terutamanya di peringkat rendah. Laporan Education for All Global Monitoring Report 2009 yang dikelolakan oleh UNESCO memperakukan kepentingan menyediakan pendidikan dalam bahasa ibunda sebagai kunci kepada kejayaan pendidikan. Laporan ini memetik satu kajian yang melibatkan 22 buah negara dan 160 kumpulan linguistik yang mendapati bahawa kehadiran murid ke sekolah meningkat sebanyak 10 peratus bagi sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar, khususnya di peringkat pendidikan rendah.
Dapatan ini adalah selari dengan dapatan yang diperolehi oleh kumpulan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia yang mendapati bahawa kebanyakan pelajar yang lemah dan sederhana dalam menguasai bahasa Inggeris, terutamanya di kawasan luar bandar, tidak menunjukkan minat untuk mempelajari Matematik dan Sains ketika dasar PPSMI dilaksanakan.
Selain daripada itu, laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 (TIMMS) juga mendapati bahawa negara-negara yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaran Sains dan Matematik menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding negara-negara yang tidak menggunakan bahasa ibunda. Lebih daripada itu, UNESCO juga memperakukan bahawa pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa ibunda adalah faktor utama yang menyumbang kepada pencapaian matlamat Education for All, iaitu matlamat untuk menyediakan akses, ekuiti dan kualiti dalam pendidikan kepada semua tanpa mengira perbezaan bahasa, lokaliti, taraf sosio-ekonomi dan gender.
Berdasarkan dapatan-dapatan ini, Kerajaan yakin bahawa keputusan memansuhkan PPSMI adalah satu keputusan yang tepat dan merupakan satu langkah ke hadapan dalam menambahbaik kualiti pendidikan di negara ini. Keputusan ini sesungguhnya mengambilkira kepentingan pelajar serta matlamat membangunkan modal insan yang berilmu dan berkemahiran tinggi demi kepentingan negara pada masa depan. Keputusan ini juga adalah selaras dengan amalan pendidikan terbaik di peringkat antarabangsa.
Dipetik dan diubahsuai dari ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin di Perjumpaan Khas Bersama Warga Pendidik pada 21 Julai 2009, jam 9.00 pagi bertempat di Putrajaya International Convention Center (PICC).
Label:
Bahasa
Rabu, November 25, 2009
Dasar MBMMBI Bermula Tahun 2011
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris(MBMMBI) akan dimulakan lebih awal iaitu bermula pada sesi persekolahan 2011. Sebelum ini kerajaan memutuskan dasar ini akan bermula pada tahun 2012.
Dengan itu, beliau mengesa agar warga pendidik mengembleng tenaga bagi menjayakan dasar ini agar sistem pendidikan negara akan lebih perkasa. Kita perlu menyambut baik pengumuman baru ini kerana masa hadapan anak bangsa tidak lagi boleh dipertaruhkan, terutama anak bangsa yang berada jauh di pedalaman dan luar bandar. Wassalam.
Label:
Bahasa
Selasa, Oktober 20, 2009
Bahasa Melayu di SJK
Selepas 52 tahun Malaysia merdeka, negara ini masih lagi berhadapan dengan masalah perpaduan. Perpaduan di Malaysia bolehlah diibaratkan seperti sebuah lubuk yang dalam, yakni tenang di permukaan tetapi bergelora di dasarnya. Sepertimana sifat sebuah lubuk berbahaya dan sukar dijangka. Sebenarnya perpaduan di Malaysia amatlah rapuh kerana jika kita lihat disebabkan isu yang amat remeh bisa merebak menjadi api menyala-nyala..
Persoalannya kenapakah hal ini berlaku? Apakah tempoh masa 52 tahun amat singkat untuk kita membina nilai perpaduan dalam masyarakat? persoalan-persoalan ini sebenarnya amat sukar untuk dijawab dalam ruang yang sesempit ini. Persoalan ini terlalu besar dan rumit sekali. Namun saya ingin meluahkan pandangan saya tentang aspek pendidikan yang menyumbang kepada kerapuhan nilai perpaduan di Malaysia kini.
Malaysia sejak penubuhannya bermula dengan kemerdekaan Tanah Melayu sehinggalah penubuhan Malaysia pada tahun 1963 telah mengamalkan satu sistem pendidikan yang tidak ada di mana-mana negara di dunia ini. Dalam hal ini, sistem persekolahan di negara ini terpecah kepada tiga aliran yang berbeza yakni aliran Kebangsaan (SK dan SMK), aliran Cina(SRJKC dan SMJKC), dan aliran Tamil (SRJKT). Meskipun, semua aliran ini menggunakan satu sistem kurikulum dan peperiksan yang sama tetapi menggunakan bahasa pengantar yang berbeza. Meskipun, tidak salah kita mempelajari bahasa ibunda masing-masing tetapi kita memerlukan satu bahasa perdana yang dapat menyatukan kita semua.
Dalam soal ini, bahasa Melayu telah diiktiraf oleh generasi terdahulu sebagai Bahasa Kebangsaan, maka bahasa yang paling layak menjadi bahasa perdana tersebut ialah bahasa Melayu. Bukan itu sahaja sebabnya, selain itu, bahasa ini juga merupakan bahasa yang hampir difahami oleh semua bangsa di Malaysia ini. Atas dasar ini maka kedudukan bahasa Melayu perlu diperkukuhkan dalam semua aliran pendidikan di negara ini. Dalam hal ini, saya melihat tidak ada sebarang masalah di sekolah kebangsaan tetapi terdapat masalah di aliran Cina dan Tamil. Dengan peruntukan masa belajar bahasa Melayu sebanyak 180 hingga 270 minit di sekolah aliran tersebut maka penguasaan bahasa dalam kalangan murid di sekolah tersebut amat minimal. Murid-murid hanya mempelajari bahasa Melayu sebanyak tiga waktu seminggu. Jumlah ini amat sedikit berbanding dengan kepentingan menguasai bahasa Melayu sebagai alat perpaduan di negara ini. Maka cadangan memperluas pengunaan Bahasa Kebangsaan di sekolah aliran Cina dan Tamil perlu disambut dengan baik. Waktu belajar bahasa Melayu perlu ditambah dan penggunaan bahasa Melayu dalam subjek bukan teras merupakan satu pilihan yang tepat pada masa ini. Malahan, pendedahan akhbar Berita Harian dalam rencananya(boleh dilihat di sini) dalam akhbar tersebut pada hari ini (20 Oktober 2009) bahawa terdapat guru-guru yang mengajar bahasa Melayu dalam bahasa Cina perlu dipandang serius oleh pihak kementerian Pelajaran.
Namun, cadangan yang amat baik ini telah disambut dingin oleh Pertubuhan Jiao Zong (Pertubuhan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia) malahan, hujah beremosi Pengerusinya, Ong Chiaw Chuan amat dikesali. Sepatutnya beliau menyambut baik cadangan tersebut kerana cadangan itu akan memberikan kebaikan kepada anak-anak bangsanya. Dan lebih besar lagi nilai perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Tuntasnya, peranan bahasa Melayu sebagai enjin perpaduan perlu diperkuatkan di sekolah aliran Cina dan Tamil di negara ini. Anak-anak kita perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul dengan lebih luas lagi. Janganlah hendaknya dalam usia negara melebihi separuh abad ini, masih ada lagi rakyat Malaysia yang bertutur bahasa Melayu seolah-olah mereka baru sahaja berhijrah ke negara ini seperti bertuturnya pekerja-pekerja Bangladesh yang baru sebulan tiba ke negara ini. Kita mengharapkan sistem pendidikan di negara ini dapat melahirkan rakyat yang fasih berbahasa Melayu malahan berbangga dengan bahasa tersebut. Wassalam

Rabu, Oktober 07, 2009
Kehebatan Bahasa Melayu
Apabila kita berada di gugusan kepulauan Melayu yakni meliputi Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei kita tidak akan menghadapi sebarang kesukaran dan tersesat jalan jika tahu berbahasa Melayu. Bahasa Melayu difahami oleh hampir keseluruhan umat manusia di nusantara ini kecuali segelintir yang bengap dan tidakketahuan..
Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang penggunaannya sangat meluas dan bilangan penutur pun sangat besar. Sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa itu sebenarnya merupakan salah satu bahasa yang bermartabat dan digunakan untuk menyatukan pelbagai bangsa, terutama di Asia Tenggara.
Dari segi sejarah, bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia. Apabila diperhatikan filum bahasa, maka bahasa Melayu berasal daripada filum Austrik/Austris, lalu daripada rumpunnya, maka bahasa Melayu merupakan rumpun bahasa Austronesia. Beberapa orang pakar sejarah bahasa menyebutnya sebagai rumpun bahasa Melayu-Polinesia.
Bahasa Melayu berkembang menjadi pelbagai dialek dan subdialek. Sebenarnya, bahasa Melayu, sejak awal lagi, telah tersebar di beberapa buah daerah di Asia Tenggara. Bahasa Melayu yang tersebar ini berkembang secara bertahap-tahap, iaitu dari satu zaman ke satu zaman. Mengikut Amat Juhari Moain dalam Sejarah Rumpun Bahasa Melayu, perkembangan bahasa Melayu terbahagi kepada lima zaman, iaitu zaman bahasa Melayu purba, zaman bahasa Melayu kuno, zaman bahasa Melayu klasik, zaman bahasa Melayu peralihan atau pramoden, dan zaman bahasa Melayu moden.
Setiap zaman tersebut mempunyai ciri dan fungsi tersendiri. Banyak kata serta gubahan sastera yang menandai setiap zaman tersebut. Peninggalan bahasa sejak zaman dahulu lebih banyak ditemukan dalam bentuk peninggalan artifak, sama ada tulisan yang ditulis di atas kayu, batu, ataupun daun, seperti daun lontar. Setelah wujudnya mesin cetak, barulah peninggalan bahasa dapat ditemukan dalam bentuk tulisan yang lebih kemas di atas kertas.
Dunia telah melihat beberapa banyak negara yang masih bertengkar dan bertelagah, bahkan lebih buruk lagi berperang hanya untuk menentukan bahasa yang akan dijadikan sebagai bahasa penyatuan dan bahasa kesatuan (contohnya, India menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasminya, walaupun ada banyak bahasa daerah yang telah wujud sebelum kemerdekaan). Ada pula negara yang sememangnya tidak mempunyai bahasa persatuan yang dapat diangkat sebagai bahasa rasmi negara sehingga terpaksa meminjam bahasa bangsa lain untuk dijadikan sebagai bahasa persatuan. Misalnya, Cameroon terpaksa menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Perancis sebagai bahasa rasminya. Oleh sebab persoalan kebahasaan yang sangat erat hubungannya dengan penuturnya, bahasa Melayu turut terbabit.
Pada suatu masa, Melayu begitu bersinonim dengan Islam, sehingga ada tanggapan bahawa kalau seseorang itu Melayu, dia mestilah Islam. Orang Minangkabau sebagai bangsa Melayu pun mempunyai tanggapan seperti itu, iaitu orang Minangkabau mestilah orang Islam. Sekarang, nampaknya tanggapan itu telah bergeser kerana tidak dapat dinafikan bahawa ada sebilangan kecil orang Melayu yang bukan Islam lagi. Oleh sebab itu, apakah yang dapat digunakan sebagai rujukan terhadap Melayu? Jawapannya ialah bahasa. Bahasalah yang dapat menyatukan orang Melayu yang tersebar di setiap pelosok alam. Ciri bahasa Melayu yang sederhana, tidak mengenal tingkat bahasa, serta mudah dipelajari menjadi perekat dan penanda antara satu bangsa Melayu dengan bangsa Melayu yang lain.
Banyak bukti yang menunjukkan bahawa bahasa dan bangsa Melayu telah tersebar bukan sahaja di Asia Tenggara, malah di luar dunia Melayu. Menurut C.A. Mess, bahasa Melayu terdapat di Tanah Melayu, di pantai timur laut Sumatera, di kepulauan Riau, di Palembang, di Kampar, di Jambi, di Medan, serta di pantai Kalimantan. Menurut R.O. Winstedt pula, bahasa Melayu terdapat di semenanjung Tanah Melayu, termasuk di negeri Selat, di Pattani, di kepulauan Riau, di pantai timur Sumatera, dan di pantai barat Borneo.
Encyclopedia Britannica yang diterbitkan pada tahun 1963 mencatatkan bahawa bahasa Melayu menjadi bahasa bagi penduduk asli di semenanjung Tanah Melayu, di pantai timur Sumatera, di seluruh pantai Borneo (Kalimantan), di kepulauan Riau, di Bangka, di Belitung, dan di Natuna Besar. D.J. Prentice berpendapat bahawa daerah penutur asli bahasa Melayu ialah di kawasan Tanah Melayu sehingga selatan Thailand (Pattani), di sepanjang pantai timur Sumatera, di kepulauan Riau, di sepanjang pesisir Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan, dan Kalimantan Timur, di Brunei, di pantai barat Sabah, di Sarawak, di Singapura, di Jakarta, di Larantuka, di Kupang, di Makasar, di Menado, di Ternate, di Banda, dan di Ambon.
Selain wilayah Melayu, ternyata bahawa bahasa Melayu pun dapat ditemukan di Sri Lanka dan di Afrika Selatan. Hal ini membuktikan bahawa bahasa Melayu, pada masa jayanya sehingga sekarang, digunakan hampir-hampir di merata tempat di Asia Tenggara sehingga wilayah di luar penyebaran bahasa itu. Apakah erti semua hal ini?
Ertinya ialah bahawa bahasa Melayu mempunyai potensi untuk dijadikan sebagai bahasa perhubungan antara kaum dan bahasa perhubungan antarabangsa. Bahasa Melayu bukanlah sekadar bahasa kelas bawah, malah digunakan dalam majlis rasmi dan untuk berbagai-bagai keperluan pendidikan serta mesyuarat yang dihadiri oleh pelbagai kaum. Sebagai bahasa perhubungan antara kaum, hal ini telah pun dibuktikan dengan menghubungkan kaum di Indonesia, di Malaysia, dan di Singapura. Namun demikian, sebagai bahasa perhubungan antarabangsa, dapatkah impian ini menjadi kenyataan?...InsyaAllah.
.
Baca selengkapnya......
Label:
Bahasa
Ahad, Oktober 04, 2009
Lebih Kuasa Untuk DBP
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kerajaan bersedia menimbangkan permintaan agar Dewan Bahasa dan Pustaka diberikan lebih kuasa dalam memartabatkan Bahasa Kebangsaan. .Terima kasih YAB Tan Sri. Tetapi bila DBP sudah ada kuasa kelak kenalah pandai menggunakannya jangan simpan buat pekasam. Wassalam.
Baca selengkapnya......
Label:
Bahasa
Sabtu, Oktober 03, 2009
Seminar Bahasa dan Realitinya
Perjuangan orang kini amat mudah. Cukup dengan berseminar kita berasakan bahawa perjuangan kita akan berjaya. Semasa berseminar satu pihak(biasanya cerdik pandai)akan membentangkan kertas kerja dan satu pihak lagi akan mendengar. Pada hari terakhir pihak penganjur seminar akan membuat resolusi dan para hadirin bersetuju dengan resolusi tersebut. Berakhir satu lagi seminar, sebelum ke seminar seterusnya. Bukankah perjuangan seperti ini amat mudah? Tidak perlu berpeluh ketiak dan bermandi keringat dan tiada darah yang menitis. Perjuangan yang 'simple' dan mudah. Namun, benarkah perjuangan semudah itu? Jika semudah itu saya orang pertama yang mengangkat tangan ingin turut serta.
Tetapi bagi saya perjuangan dalam keadaan bagaimanapun pasti ada jalan sukarnya, tidak mungkin semudah itu satu perjuangan. Namun, pada pengamatan saya begitulah perjuangan beberapa pejuang bahasa di negara ini. Cukup dengan berseminar dan berdiskusi di bilik berhawa dingin dan diulit bangku empuk dianggap perjuangan mendaulatkan bahasa.
Jika beginilah caranya, percayalah bahawa bahasa Melayu akan terus layu dalam asakkan era globalisasi yang terus mengecilkan peranannya dalam pelbagai bidang. Percayalah, perjuangan bukanlah perjalanan yang mudah berhampar permaidani merah. Hakikat perjuangan adalah payah dan sukar dan menekan perasaan. Malahan, perjuangan tidak pernah berhenti sehinggalah nafas terhenti. Namun jika kita berasakan perjuangan memartabatkan bahasa Kebangsaan yang kita cintai ini cukup dengan berseminar dan berkolukium maka 'tepuklah dada tanyalah selera'. Wassalam

Khamis, Oktober 01, 2009
Bulan Bahasa
Bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa Kebangsaan. Tema bagi bulan bahasa pada tahun ini ialah "Bahasa Jiwa Bangsa". Tema lama yang dikitar semula.
Baca selengkapnya......
Label:
Bahasa
Sabtu, September 19, 2009
Jentikan Akal
"Aku berasa sedih apabila mengenangkan hal orang Melayu yang masih belum insaf mengenai kemunduran mereka, kerana mereka tidak mahu belajar bahasanya sendiri dan tidak mahu menyediakan tempat untuk belajar bahasanya. Adakah orang yang tiada belajar itu akan pandai sendiri..? Kata mereka "Apakah gunanya belajar, bukankah itu bahasa kita? Gunanya di dunia sahaja. Lebih baik bahasa Arab, berguna di dunia dan akhirat. "Hal itu benar,. tetapi bagaimana boleh mengetahui bahasa orang lain sekiranya belum mengetahui bahasanya sendiri terlebih dahulu..? Mereka berkata-kata, berjual beli, berkirim dan membalas surat, semuanya dalam bahasa Melayu. Belum pernah aku melihat, sama ada orang Melayu ataupun peranakan, yang menggunakan bahasa Arab sewaktu berniaga, membuat kira-kira dan berkirim serta membalas surat, melainkan dalam sembahyang dan berdoa sahaja."- Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi.
Baca selengkapnya......
Label:
Bahasa
Ahad, September 13, 2009
Semangat Kekitaan Berbahasa
Sesuatu yang biasa terlihat dan terdengar apabila kita berkunjung ke beberapa negeri di Semenanjung Malaysia ini ialah tentang cara berbahasa orang bukan Melayu yang berlainan dengan negeri yang lain. Sebagai contoh apabila kita berkunjung ke negeri Kelantan (kebetulan keluarga mertua berasal dari sana) kita akan mendapati kaum Cina dan Indianya tidak kekok berbahasa Melayu dialek Kelantan, malahan gaya bahasanya amat molek berbanding saudara mereka di Pulau Pinang atau Perak .
Senario ini berlaku atas beberapa faktor dan antaranya ialah berkaitan rasa kekitaan berbahasa masyarakat di beberapa negeri seperti Kelantan dan Kedah. Jika kita perhatikan orang Melayu di negeri-negeri yang telah saya sebutkan mempunyai semangat kekitaan berbahasa yang agak tinggi berbanding dengan orang Melayu di tempat lain. Jika kita bercakap dengan orang Kelantan, maka agak jarang mereka membalas dengan 'loghat luar' terutama jika kita berada di negeri mereka. Hal ini menyebabkan pengunjung dari luar akan terikut-ikut loghat mereka itu. Hal inilah yang menyebabkan orang bukan Melayu di negeri tersebut amat fasih berbahasa Melayu loghat Kelantan dan seterusnya fasih berbahasa Melayu.
Senario ini jelas bertentangan dengan sikap berbahasa orang Melayu terutama di Pantai Barat Semenanjung. Jika kita perhatikan, orang Melayu di Pantai Barat lebih bersikap toleransi terhadap bahasa. Tatkala mereka bercakap dalam bahasa Melayu dengan orang Cina atau India mereka cenderung menggunakan bahasa Melayu 'loghat Cina' atau "loghat India'. Maka akan terkeluarlah ungkapan seperti "lu mau pigi mana, apek? dan seumpama dengannya. Perlakuan ini sebenarnya tidak membantu sahabat kita bukan berbangsa Melayu untuk menggunakan bahasa Melayu dengan fasih dan betul.
Selain faktor kekitaan berbahasa, faktor pergaulan bangsa bukan Melayu juga menjadi faktor senario ini berlaku. Meskipun, orang bukan Melayu telah bertapak di Malaysia lebih daripada 100 tahun dan kita telah merdeka selama 52 tahun tetapi pergaulan orang Melayu dan orang bukan Melayu agak terbatas sebenarnya. Jika kita lihat senario dalam dunia pendidikan, amalan sistem venakular telah banyak mengganggu proses perpaduan dan pergaulan antara kaum. Keadaan inilah yang menyebabkan terdapat orang bukan Melayu yang masih gagal berbahasa Melayu dengan fasih walaupun telah tinggal lama di Malaysia.
Keadaan ini perlu dirobah untuk kita melihat lahirnya bangsa Malaysia seperti yang diimpikan oleh Perdana Menteri. Jika tidak slogan 1Malaysia itu hanyalah tinggal slogan semata-mata. Orang Melayu perlulah mempunyai semangat kekitaan berbahasa yang lebih tebal apabila bercakap dengan orang bukan Melayu. Biarlah mereka terikut dengan gaya percakapan kita, jangan kita pula yang terikut dengan percakapan mereka. Hal ini sebenarnya bukan seruan kepada semangat perkauman tetapi salah satu cara kita membantu mereka berbahasa Melayu dengan betul dan fasih. Wassalam.

Jumaat, September 11, 2009
Penutur Kedua Bahasa Melayu
Apabila dasar pengambilan buruh dari negara China dan India dilaksanakan oleh kerajaan British, pola penduduk Tanah Melayu telah berubah buat selama-lamanya. Jika sebelum itu, Tanah Melayu diduduki oleh hampir 99 peratus orang Melayu tetapi selepas dasar tersebut dilaksanakan pola penduduk berubah secara drastik. Pada masa tersebut pola peratus orang Melayu berbanding orang bukan Melayu hanyalah dalam lingkungan 60 peratus. Malah, pada satu ketika yakni pada sekitar tahun 1911 penduduk imigran Cina dan India telah melebihi jumlah orang Melayu.
Pada masa tersebut orang Melayu berjumlah 420 ribu, orang Cina berjumlah 433 ribu dan orang India berjumlah 173 ribu. Malahan pada tahun 1921 orang Melayu hanyalah 49 peratus dari komposisi penduduk di Tanah Melayu. Namun, menjelang merdeka British telah menghantar ribuan imigran ini pulang dan ada dalam kalangan mereka ini yang telah berhijrah ke Singapura. Apabila, Singapura keluar dari gagasan Malaysia maka peratus orang Melayu termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak telah meningkat seperti sekarang. Hakikatnya, di Malaysia pada masa ini wujud kelompok penutur kedua bahasa Melayu hasil liberalisasi British sebelum merdeka.

Sesuatu yang amat mendukacitakan ialah apabila kelompok penutur kedua ini terus terpompong dalam sistem pendidikan venakular yang tidak mengalakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Senario yang berlaku ialah, mereka terus menggunakan bahasa Melayu pada tahap minimal yakni sekadar untuk berhubung dengan orang Melayu. Malahan, ada dalam kalangan mereka yang terus menggunakan bahasa Melayu yang tidak betul lantaran toleransi orang Melayu yang keterlaluan apabila bercakap dengan mereka yang pelat ini dengan bahasa 'Cina-Melayu' atau 'India-Melayu.' Meskipun telah 52 tahun Malaysia merdeka dan bangsa bukan Melayu telahpun terdiri dari kalangan generasi ketiga atau keempat dari generasi imigran dahulu, ada dalam kalangan mereka ini yang masih tidak fasih berbahasa Melayu. Oleh sebab itu, adalah penting untuk kita melihat semula sistem pengajaran bahasa Melayu agar kita dapat melahirkan generasi penutur kedua bahasa Melayu yang fasih dan berkemahiran bercakap dalam bahasa Melayu.
Namun, kita juga harus memberikan pujian kepada kaum bukan Melayu yang dapat bertutur bahasa Melayu dengan fasih dan betul. Malahan ada juga dalam kalangan mereka ini yang kadang-kala lebih fasih dan betul berbahasa Melayu berbanding dengan segelintir orang Melayu sendiri. Sesuatu yang menariknya, jika kita lihat kaum bukan Melayu yang fasih berbahasa Melayu ini kebanyakannya datangnya dari negeri-negeri tertentu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. InsyaAllah, pada masa hadapan kita akan mengkaji sebab-musabab kenapakah kaum bukan Melayu dari negeri-negeri ini dilihat lebih fasih berbahasa Melayu berbanding negeri-negeri lain? Wassalam

Jumaat, September 04, 2009
Keterbukaan Bahasa Melayu 2
Apabila Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis, bahasa Melayu terus berkembang dengan kehadirin mereka. Nyatalah bangsa Melayu itu amat terbuka sikapnya terhadap bahasa. Banyak bahasa Portugis diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Sikap terbuka ini tidaklah menghakis sifat bahasa Melayu tetapi sebaliknya menambahkan lagi khazanah perbendaharaan kata dalam bahasa itu. Kini kita akan melihat pula daftar kata dari bahasa Portugis yang telah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu.
B
bangku (banco)
Belanda (holanda)
beranda (veranda)
bendera (bandeira)
biola (viola)
bola (bola)
bilyet (bilhette)
boneka (boneca)
bordil (bordel), tempat pelacuran
botol (botelha)
D
dadu (dado)
dansa (dança)
G
garpu (garfo)
gereja (igreja)
I
Inggris (Ingles)
J
jendela (janela)
K
kaldu (caldo)
kampung (campo)
katun dan kutang (alcotão)
keju (queijo)
kemeja (camisa)
kertas (carta(s) = surat-surat)
kereta (carreteira)
[sunting] L
lentera (lanterna)
M
mandor (mandador)
marakas (maraca) (alat musik perkusi)
meja (mesa)
mentega (manteiga)
meski (mas que)
Minggu (domingo): nama hari, juga dikenal sebagai Ahad
misa (misa) - ibadat Katolik
N
Natal ( Natal)
nina (spt. dalam "nina bobo") (menina): anak perempuan kecil
nona (dona)
nyonya (donha)
P
palsu (falso)
paderi (padre): pendeta
peluru (pelouro, boleiro)
peniti (alfinete)
Perancis (francesa)
pesiar (passear)
pesta (festa)
pigura (figura)
pita (fita)
R
renda (renda)
roda (roda)
ronda (ronda)
S
Sabtu (sábado), nama hari
sabun (sabão)
saku (saco)
sekolah (escola)
sepatu (sapato)
serdadu (soldado)
sinyo (senhor)
sisa (sisa): Bahasa Portugis lama dari residue
T
tanjidor (tangedor)
teledor
tenda (tenda)
tempo (tempo)
terigu (trigo)
tinta (tinta):

Rabu, September 02, 2009
Keterbukaan Bahasa Melayu
Sejak zaman berzaman bahasa Melayu telah menyerap masuk pelbagai bahasa asing ke dalam sistem bahasanya. Oleh sebab, sifatnya yang terbuka itu maka mudah bagi pelbagai bangsa dan etnik menerima bahasa Melayu. Hal ini menyebabkan bahasa Melayu menjadi lingua-franca di kawasan nusantara ini. Berikut merupakan senarai kata bahasa Sanskrit yang terdapat dalam bahasa Melayu:
.A
adi - adicita - adikara - adipati - adiraja - aditya - agama - aji - aksara - aksi - alpa - aneka - angka - angkara - angkasa - angsa - angsoka - aniaya - antara - anugerah - arca - ardi - arya - asa - asmara - asta - astana - atma - atmaja
B
bagi - bahagia - bahasa - bahaya - bahna - bahtera - bahu - baiduri - baja - bakti - bala - banaspati - bangsa - bangsawan - bangsi - bareksa - basmi - batara - batari - bausastra - baya - bayangkara - bayu - bea - beda - bedama - begawan - bejana - bencana - benda - bendahara - berhala - berhana - berita - biara - biarawan - biaya - bicara - bidadari - biji - biksu - biksuni - binasa - birahi - bisa - brahma - brahmana - brahmani - brahmi - brata - buana - budaya - Buddha - budi - bujangga - bukti - bulu roma - bumantara - bumi - bumiputera - bupala - bupati - busana - buta - butala - butayadnya
C
cahaya - cakrabuana - cakra - cakrawala - candala - candi - candra - candramawa - candrasa - candrasengkala - cara - caraka - catur - cedera - cela - cempaka - cendala - cendana - cendekia - cendekiawan - cendera - cendrawasih - cengkerama - cerita - cerna - cinta - cintamani - cipta - cita - citra - cuci - cuka - cula - curiga
D
dadih - dahaga - daksina - dana - dasa - dasawarsa - delima - denda - dendam - derita - desa - Dewa - dewadaru - dewangga - dewasa - dewata - dewayadnya - dewi - dharma, darma, derma - dirgantara - dosa - duli - dupa - duta - dwi
E
eka
G
gada - gaharu - gajah - gala - galuh - ganda - gandarwa - gandewa - gandi - Gangga - gapura - garba - garuda - gatra - gaya - gembala - genta - gergaji- gergasi - gerhana - giri - gita - goni - graha - grahita - griya - gua - gula - gulana - gulma - guna - gunawan - gurindam - guru
H
harsa - harta - hasta - hatta - hima - Himalaya - hina
I
idam - indera - indriya - intisari - irama - istana - istimewa - isteri
J
jagat - jagatraya - jala - jambu - jana - jentera - jasa - jaya - jebad - jeladri - jelma - jiwa - juita - juta
K
kabupaten - kakawin - kala - kalpataru - kama - kamajaya - kanji - kapas - kapur - karena - karma - karna - karunia - karya - kata - kawi - kecapi - keling - keluarga - kemala - kendala - kendi - kenya - kepala - keranda - kerja - kesatria - kesturi - kesumba - ketika - khayal - kirana - kokila - kota - koti - krama - kresnapaksa - krida - ksatria - kuasa - kulasentana - kulawangsa - kunarpa - kunci - kunta - kusa - kusta - kusuma
L
laba - lagu - laksa - laksana - lengkara - lingga - logam - loka - lokakarya - lokananta - lokapala - lintas
M
madia - madu - madukara - madya - maha - maharaja - mahardika - mahkota - makara - mala - malapetaka - manah - mandala - mangsa - mangsi - manik - manikam - mantra - mantri - manusayadnya - manusia - mara - berbahaya - marga - margasatwa - masa - materai - matra - maya - mayapada - mega - melati - menteri - mercapada - merdeka - merdu - merica - merpati - mesra - mesti - mestika - mina - mintuna - mitra - moksa - muka - mula - mustika - mutiara
N
nada - naga - nama - nara - narapati - narapidana - nata - nawa - negara - negeri - neraca - neraka - netra - nila - nirmala - nirwana - niscaya - niskala - nista
OB

Ojah
P
pada - padma - padmi - pahala - paksa - paksi - paksina - pala - panca - pancaka - Pancasila - Pancatantra - pandai - pandita - panitia - papa - para - parameswara - parameswari - parisada - parwa - pasca - pataka - patera - patih - pawaka - pawana - payudara - pedanda - pedati - pekerti - pendapa - pendeta - penjara - perada - perbawa - percaya - perdana - peribahasa - peristiwa - perkara - permaisuri - permata - persada - pertama - pertiwi - perwara - petaka - pidana - pitayadnya - prabu - prahara - prakarsa - prakarya - prakata - prameswari - pramugara - pramugari - pramuria - pramuwisata - pranala - pranata - prasangka - prasarana - prasasti - prasetya - prawacana - pria - pribumi - puasa - puja - pujangga - puji - punggawa - pura - purbakala - puri - purnama - purwa - pusaka - puspa - puspadanta - puspita - pustaka - putera - puteri
R
raga - rahasia - raja - rajaberana - rajah - rajalela - rajawali - raksa - raksasa - raksasi - ramai - rasa - rasa - rasi - rata - ratna - reca - rela - remaja - rencana - renjana - resi - restu - rona - rupa - rupiah
S
sabda - sad - sadaya - sahaya - saka - sakala - saksi - sakti - sama - samapta - samudra - sandi - sandiwara - sanggama - sanggamara - sangka - sangka - sangkala - sangsi - Sansekerta - santi - santika - sapta - saptadarma - saptamarga - sarana - sari - sari - saripati - sarira - sarjana - sasakala - sasian - sastera - satria - satru - satwa - satyalancana - satyawacana - saudara - sayembara - seba - sedia - sediakala - sedianya - segala - segara - sejahtera - selesema - selira - seloka - semadi - semboyan - sementara - sempurna - semua - senantiasa - senapati - sendawa - sendi - sengketa - sengsara - senjata - sentosa - serati - seraya - serba - seribumi - serigala - sesira - setanggi - seteru - setia - siksa - sila - singa - singgasana - sisa - siswa - sorga - sri - sridanta - srikaya - stupa - su - suami - suara - suasana - suci - sudah - sudamala - sudara - sudi - sudra - suka - sukarela - suklapaksa - sukma - sula - sunyata - sunyi - suralaya - surya - suryakanta - susila - sutra - sutradara - swa - swakarsa - swakarya - swapraja - swasembada - swasta - swatantra
T
tabil - tala - tala - tani - tantra - taru - taruna - tata - tata acara - tata surya - tatabahasa - tatabusana - tatacara - tataguna - tatakrama - tatalaksana - tatanama - tatanegara - tega - teja - telaga - tembaga - tentara - tepaslira - terka - tetapi - tirta - tri - trimatra - trimurti - trisna - trisula - triwikrama - tuna - tunagrahita
U
udara - umpama - unta - upacara - upaduta - upah - upama - upaya - upeti - urna - usaha - usia - utama - utara
W
wacana - wahana - waisak - waisya - walimana - waluh - wan - wana - wanara - wangsa - wanita - waranggana - warga - warna - warsa - warta - warta berita - wartawan - waruna - waspada - wati - weda - wedana - werda - wesak - wibawa - wibawa - wicara - widara - widya - widyakarya - widyawisata - wihara - wijaya - wiku - wimana - windu - wira - wiracarita - wirama - wiraswasta - wirawan - wisata - wisatawan - wisaya - wisma - wisuda - wiwaha - wiyaga - wiyatabhakti - wredatama –
Y
yantra - yayasan - yoga - yogi - yoni - yogya - yojana - yuda
Ternyata banyak bahasa Sanskrit yang telah terserap ke dalam bahasa Melayu, sama ada kita mengetahuinya atau pun tidak terpulang kepada kita sebagai pengguna bahasa. Pada lain terbitan saya akan senaraikan pula bahasa Portugis yang telah terserap ke dalam bahasa Melayu. Wassalam.
Label:
Bahasa
Ahad, Ogos 16, 2009
Bahasa Melayu, Bahasa Penyatuan
Sejak sebelum merdeka, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum lantaran dasar penjajah British mengambil buruh dari China dan India. Sejak itu, para penduduk Tanah Melayu telah terbahagi kepada tiga kaum yakni kaum Melayu, Cina, dan India. Malahan sebenarnya kaum Melayu itu sendiri terdiri daripada pelbagai pecahan etnik seperti Jawa, Banjar, Mendeling, Acheh, Bugis, dan sebagainya. Kepelbagaian kaum dan etnik ini bertambah rencam apabila Malaysia ditubuhkan dengan memasukkan Sabah dan Sarawak sebagai satu entiti dalam Persekutuan Malaysia. Di Sabah sahaja penduduknya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan etnik dengan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 90 dialek. Keadaan ini menggambarkan betapa Malaysia memerlukan satu bahasa penyatuan yang dapat menjalinkan ikatan antara kaum ini.
Sememangnya sejak sebelum merdeka lagi kita dapati para pembina negara ini telah melihat bahawa bahasa penyatuan yang paling ideal ialah bahasa Melayu. Hal ini kerana bahasa Melayu merupakan satu bahasa yang amat sederhana dan amat mudah dipelajari. Malahan, bahasa ini juga telah menjadi lingua franca di nusantara ini, meskipun di nusantara ini sahaja terdapat ratusan bahasa lain yang dituturkan. Oleh yang demikian, adalah tepat untuk kita sama-sama memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat demi memperkasa perpaduan di negara ini. Wassalam.
Baca selengkapnya......
Label:
Bahasa
Selasa, Julai 21, 2009
Renungan
“Yang besar, ancaman datang daripada golongan Melayu yang kurang percaya pada kebolehan bahasa Melayu. Ini menyebabkan mereka hilang harapan dan terkapai-kapai apabila bahasa Inggeris akan digantikan dengan bahasa Melayu. Ini adalah keadaan yang biasa pada bangsa-bangsa yang dijajah, hasil penjajahan di alam fikiran dan kehidupan sesetengah masyarakat kita.”- Aminuddin Baki - Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga, 1956 (6 Januari 1925-25 Disember 1965)
Baca selengkapnya......
Label:
Bahasa
Rabu, Julai 08, 2009
Dasar PPSMI dimansuhkan
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana telah membuka hati ahli kabinet Malaysia untuk memansuhkan sama sekali dasar PPSMI pada tahun 2012. Keputusan ini merupakan satu kemenangan kepada bahasa Melayu dan para pejuangnya. Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia proses pemansuhan itu akan dilaksanakan secara bertahap yakni bagi pelajar tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat di sekolah menengah pada tahun 2012.
Jelasnya lagi kaedah pengajaran bahasa Melayu dan Inggeris akan dimantapkan meliputi kaedah pengajaran modular bersepadu, seimbang dan holistik. Modul yang disediakan meliputi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis, serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di samping pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa diberi penekanan dalam kurikulum bahasa Melayu di sekolah rendah.
Tegasnya, kita berasa bersyukur dan amat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mengembalikan semula martabat Bahasa Kebangsaan di tempat yang selayaknya. Moga pelaksanaan PPSMI selama enam tahun itu menjadi pengajaran berguna kepada semua pihak. Kepada guru-guru sains dan matematik marilah kita bersama-sama berganding bahu memartabat bahasa Melayu di arena pendidikan negara. Wassalam.
Baca selengkapnya......
Label:
Bahasa
Selasa, Julai 07, 2009
Saat Mendebarkan
Esok dijangka keputusan berkaitan pelaksanaan dasar PPSMI akan dibentangkan di Kabinet dan akan diumumkan kepada khalayak umum. Saat ini amat dinantikan oleh pelbagai pihak sama ada pihak pendukung PPSMI atau pihak engkar PPSMI. Namun kita amat mengharapkan agar keputusan itu memberikan seribu kebaikan kepada usaha memartabatkan Bahasa Kebangsaan yakni bahasa Melayu. Kepada mereka yang telah lama berjuang dan mencintai bahasa Melayu, pada saat ini tingkatkan usaha berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t. agar ahli Kabinet Malaysia didorongkan hati untuk memartabatkan bahasa Melayu dan menghapuskan dasar PPSMI. Wassalam
Baca selengkapnya......
Label:
Bahasa
Rabu, Jun 24, 2009
Teruskan Perjuangan
Semalam di Dewan Rakyat, Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa pada awal bulan hadapan keputusan berkenaan Dasar PPSMI akan diputuskan oleh Kabinet dan akan diumumkan kelak kepada umum. Diharapkan agar keputusan itu kelak akan memberikan seribu rahmat kepada perjuangan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan di negara yang tercinta ini. Sama-samalah kita berdoa kepada Ilahi agar keputusan itu kelak akan memberikan kelebihan kepada perjuangan memperkasakan bahasa Melayu. Wassalam
Baca selengkapnya......
Label:
Bahasa
Langgan:
Catatan (Atom)