Jumaat, Januari 01, 2010
Isnin, Disember 28, 2009
Perjuangan Diteruskan
Rabu, November 25, 2009
Dasar MBMMBI Bermula Tahun 2011
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris(MBMMBI) akan dimulakan lebih awal iaitu bermula pada sesi persekolahan 2011. Sebelum ini kerajaan memutuskan dasar ini akan bermula pada tahun 2012.
Dengan itu, beliau mengesa agar warga pendidik mengembleng tenaga bagi menjayakan dasar ini agar sistem pendidikan negara akan lebih perkasa. Kita perlu menyambut baik pengumuman baru ini kerana masa hadapan anak bangsa tidak lagi boleh dipertaruhkan, terutama anak bangsa yang berada jauh di pedalaman dan luar bandar. Wassalam.
Wasiat As-syahid Hasan Al-Banna
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah solat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.
Ahad, November 22, 2009
Tenang Seorang Mukmin 2
Sabtu, November 14, 2009
Tenang Seorang Mukmin
Profil :
Nama : Halim bin Abdullah.
Umur : 33 tahun
Pekerjaan : Pegawai di Syarikat Swasta.
Status : Berkahwin
Gaji : RM4000.00
Pendirian Politik : Parti Islam
Situasi 2 :
Nama : Kassim bin Abdullah
Umur : 33 tahun
Pekerjaan : Pegawai di Syarikat swasta
Status : Berkahwin
Gaji : RM 4000.00
Pendirian Politik : Parti Islam
Kassim selesai menunaikan solat Isyak di masjid berhampiran rumahnya. Dia merenung semula perjalanan hidupnya sepanjang hari ini. Seawal jam 4.30 pagi dia telahpun bangun untuk solat tahajud dan sunat-sunat lain dan diikuti dengan membaca beberapa surah dari kitab Al-Quran. Sebelum azan Subuh berkumandang dia telahpun bertolak ke masjid. Di masjid dia menunaikan solat tahyatul masjid, dan seperti amalan biasanya dia tidak lupa memasukkan duit sedekah di tabung masjid. Dan selepas azan subuh dia menunaikan solat sunat subuh seterusnya menunaikan solat subuh secara berjemaah. Selepas itu, dia berwirid sebelum membaca beberapa lagi surah Al-Quran seperti surah Al-Waqiah. Kemudian, diapun bergegas ke tempat kerja. Apabila tiba waktu solat dhuha kira-kira jam 8.30 pagi dia telah menunaikan solat sunat dhuha di surau tempat dia bekerja. Apabila sampai waktu solat zhuhur, dia pergi menunaikan solat zhuhur secara berjemaah di surau. sekali lagi dia berwirid dan sebelum masuk semula bekerja dia sempat membaca beberapa ayat suci Al-Quran. Di tempat dia bekerja semua rakan sejawatnya, mengakui bahawa Kassim seorang yang alim dan warak. Dan dia tidak menyenangi tanggapan rakan sekerjanya itu. Tiba pula waktu solat Asar, sekali lagi dia bergegas ke surau untuk solat berjemaah di sana. Selepas balik dari kerja Kassim berehat sebentar sebelum mandi dan selepas itu menghabiskan masa petangnya dengan mengamalkan zikir petang. Kemudian Halim bersiap untuk solat maghrib secara berjemaah di masjid berhampiran rumahnya. Seperti biasa dia akan awal ke masjid untuk solat tahyatul masjid, dan selepas azan berkumandang dia akan solat sunat sebelum solat maghrib. Selepas itu, Halim menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah. Selepas dari itu, dia solat sunat selepas Maghrib sebelum masuknya waktu isyak. Apabila masuk solat Isyak dia sekali lagi solat sunat isyak dan diikuti dengan solat fardhu Isyak. Seterusnya, dia akan solat sunat Isyak dan pulang ke rumah. Sebelum tidur dia berasa tenang dengan kehidupan dunianya, tetapi berasa bimbang dengan urusan akhiratnya. Dia berasa bimbang jika Allah tidak menerima segala amalannya pada hari tersebut. Malahan dia juga bimbang jika amalannya pada hari itu mungkin ternoda dengan riak dan takabbur. Namun, di sudut kecil hatinya dia amat mengharapkan Allah menerima amalannya pada hari itu.
Jadi sidang pembaca sekalian dari dua situasi itu, siapakah antara mereka yang mempunyai sikap yang betul? Adakah Halim yang berasa amat tenang dan amat berpuas hati dengan kehidupan dunianya dan berasa yakin pula dengan amal ibadahnya dapat membantunya di akhirat kelak.
Atau sikap Kassim yang betul apabila berasa cukup dan tenang pada kehidupan dunianya tetapi berasa bimbang dan cemas dengan amalan ibadah jika ditolak oleh Allah s.w.t tetapi dalam masa yang sama amat berharap agar amalannya diterima oleh Allah s.w.t.
Sebagai seorang muslim apakah kita boleh berasa tenang dengan amalan ibadat kita yang kita sendiri rasakan amat banyak atau kita perlu rasa bimbang dan harap pada amal ibadah kita? Jawapannya kita bincang dalam masa mendatang insya Allah.
