Sabtu, April 10, 2010
Khamis, April 01, 2010
Seruan Kepada Pemuda
Wahai sekalian pemuda!
Kita sama-sama wajib yakin dengan tulus hati, bahawa satu-satunya ajaran yang dapat menyelamatkan dunia yang diancam bencana peperangan, yang dapat memimpin umat manusia yang sesat ke jalan yang lurus ialah akidah dan ajaran Islam. Dan ajaran Islamlah yang menuntut pengorbanan harta dan jiwa dalam rangka mengajak manusia ke jalan yang benar. Ajaran Islam adalah yang lurus, dan sesiapa yang mengikuti jalannya mereka tidak akan sesat selama-lamanya.
Firman Allah Subhanawataala :
Jadi pegangan kita ialah ISLAM. Kita bersandar, bersumber, dan berjuang untuk meninggikan kalimatNya. Tidak ada suatu sistem yang dapat menandingi aqidah Islam. Kita hanya berpedoman kepada ajaran Islam dan hanya patuh kepada hukum Islam.
Firman Allah Subhanawataala :
Khamis, Mac 25, 2010
Persediaan Kemahiran Berbahasa dalam Dakwah

Ahad, Mac 07, 2010
Membangkitkan Semula Gerakan Muda Islam
Meskipun, pada dekad 80-an, sekali lagi berlaku gelombang kebejatan sosial yang memperlihatkan kemasukkan pengaruh muzik Rock namun masih diimbangi dengan pertubuhan-pertubuhan ini. Pada masa itu, pengaruh usrah dan gerakan dakwah pertubuhan seperti ABIM dan Al-Arqam telah menjadi benteng kepada muda-mudi.
Namun, bermula dekad 90-an sehingga kini, gerakan golongan muda Islam dilihat semakin lemah, bermula dengan pengharaman Al-Arqam dan kurangnya aktiviti dakwah oleh pertubuhan Islam seperti ABIM dalam kalangan muda-mudi. Kehidupan muda-mudi mulai jauh daripada nur Islam, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet memperlihatkan arus globalisasi merempuh masuk ke dalam jiwa masyarakat muda. Hari ini, kita lihat kesannya, berlaku sekali lagi senario pada awal dekad 70-an, apabila gaya hidup barat menular dalam masyarakat. Pelbagai aktiviti tidak bermoral berlaku dalam masyarakat seperti pergaulan bebas, berlumba haram(rempit), aktiviti kelab malam yang menjadi ibu kemaksiatan dan pelbagai lagi. Sebagai kesannya, kita lihat kes pembuangan bayi menular, kes perzinaan melata, tekanan hidup yang membawa kepada pembunuhan dalam kalangan golongan muda berleluasa. Senario hidup masyarakat semakin parah dengan kejadian jenayah berat seperti pembunuhan, rompak, samun, rogol dan pelbagai lagi situasi yang amat menakutkan berlaku dalam masyarakat.
Jelaslah, masyarakat Malaysia memerlukan penawar kepada segala penyakit sosial ini. Tidak dapat tidak golongan muda yang mendasari segala keporakperandaan perlu disuntik semula dengan vaksin nur Islam. Tidak ada ubat lain yang lebih mujarab selain kembali kepada Islam. Oleh itu, sebahagian golongan muda yang mempunyai kesedaran perlu bangkit membantu sahabat muda kita yang sedang sakit itu. Marilah kita seru golongan muda bermasalah ini kepada cara hidup Islam. Untuk itu, saya menyeru kepada para pemuda dan pemudi semua agar kembali menghidupkan semula gerakan Islam seperti ABIM untuk mengatasi masalah sosial dalam masyarakat kita. Kita hidupkan semula aktiviti seperti usrah dan dakwah agar ia menjadi pengubat kepada diri kita dan sahabat muda kita. Menghidupkan semula gerakan Islam seperti ABIM akan memperkuatkan benteng jiwa daripada kebejatan sosial yang berlaku kini. Kita sebagai golongan muda mempunyai peranan yang amat besar dalam mengembalikan nur Islam dalam masyarakat meskipun kita berasakan tiada kekuatan mengubah keadaan masyarakat kini namun percayalah dengan menghidupkan dan memperkasakan semula gerakan Islam pasti Allah s.w.t akan memberi bantuan kepada kita. InsyaAllah.
Isnin, Februari 22, 2010
Peranan Guru Bahasa Dalam Proses Dakwah
Selasa, Februari 09, 2010
Seruan Kepada Islam
Ahad, Januari 24, 2010
Renungan
Nasihat dari Saidina Ali b. Abi Talib k.w:
"Amal ibadah itu memang meletihkan tetapi ingatlah keletihan itu akan hilang, tetapi pahalanya akan kekal selama-lamanya."
"Manakala maksiat itu memang menyeronokkan, tetapi ingatlah keseronokan akan hilang, tetapi dosanya akan kekal selama-lamanya."
