Sabtu, Disember 13, 2008

BELANGSUKAWA

Pada 8 Disember 2008, bersamaan 10 Zulhijjah yakni pada hari Raya Aidiladha yang lalu Nyah telah kembali ke rahmatulah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang soleh. Alfatihah.

Baca selengkapnya......

Ahad, November 30, 2008

Minggu Penuh Ujian

Minggu lepas merupakan minggu yang penuh cabaran. Bayangkan kedua-dua orang anak saya jatuh sakit ditambah dengan kakak saya masuk CCU. Perjalanan ke majlis perkahwinan Ayong jadi sesi lawatan ke Hospital. Bermula dari hospital Kelang ke Hospital Selayang kemudiaan ke Hospital Tuanku Bainun, Ipoh hingga berakhir ke Hospital Kuale. Seksa rasanya. Tapi Alhamdulillah semuanya beransur pulih. Ini semua ujian dari Allah untuk kami sekeluarga.

Baca selengkapnya......

Jumaat, November 14, 2008

Peperiksaan SPM 2008

Selamat Menjawab Peperiksaan SPM wahai anak didik semua. Daripada pemerhatian saya, soalan bahasa Melayu cukup mudah pada tahun ini. Sama ada soalan kertas 1 atau kertas 2. Moga semua murid saya dapat menjawab dengan baik. Namun, dalam pada itu saya rasa pasti ada juga anak murid saya yang rasa susah dengan soalan itu. Namun apapun moga kalian berjaya.

Baca selengkapnya......

Sabtu, Oktober 25, 2008

CELARU BAHASA

  1. Pada masa ini, perjuangan menegakkan bahasa seolah-olah terpinggir dalam kesibukan kita dengan pelbagai isu ekonomi dan politik semasa. Pada hari ini juga kita dapat melihat bagaimana bangsa lain begitu ghairah memperjuangkan kelangsungan kaum masing-masing hinggakan kadangkala seolah-olah cuba menafikan fakta dan sejarah negara ini.
  2. kita tidak tahu siapa lagi yang benar-benar bersungguh-sungguh ingin mendaulatkan bahasa kebangsaan di negara ini. Di sebalik perjuangan ini pasti akan halangan.

Baca selengkapnya......

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu