Ahad, November 22, 2009

Tenang Seorang Mukmin 2

Seorang mukmin boleh mencapai ketenangan dalam urusan dunianya tetapi tidak pada urusan akhiratnya.
Ini adalah satu kenyataan yang perlu diambil perhatian yang teliti. Mukmin sejati yang telah mencapai tahap qanaah berasa cukup dengan apa yang ada dengan keperluan dunianya. Maka dengan itu, terlepas bebaslah dia dari kecintaan kepada dunia. Pada saat itu, dia akan berasa aman dan tenang dari segala urusan dunia. Malahan mukmin itu akan melihat dunia ini hanyalah tempat persinggahannya dalam perjalanan panjang menemui Allah s.w.t. Namun, tidaklah dia meninggalkan urusan dunianya kerana urusan memakmurkan dunia adalah antara tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Bagi seorang mukmin dia amat sedar bahawa amal ibadahnya bukanlah satu jaminan bahawa Allah mesti memasukkannya ke dalam syurga. Urusan masuk syurga atau dilontar ke neraka adalah hak mutlak Allah s.w.t. Namun dia amat mengharapkan agar amal ibadahnya itu akan dilihat oleh Allah s.w.t dan dia amat tahu bahawa Allah s.w.t itu Maha Adil lagi Maha Mengasihi. 
Oleh itu, sebagai seorang mukmin, tidaklah kita boleh berasa puas hati apabila telah selesai beramal ibadah. Seorang mukmin pasti sedar bahawa amalnya itu adalah satu kewajibannya sebagai seorang hamba bukannya tiket untuk ke syurga Allah s.w.t.Jadi tenangnya seorang mukmin itu hanyalah pada urusan dunianya tetapi bukanlah pada urusan akhiratnya.     

2 ulasan:

cikgusaiful 26 November 2009 11:09 PG  

apakah kita boleh buat dua perkara dalam satu masa?....fikirkanlah wahai rakanku yang mempunyai hati...

MAHFUZA 29 November 2009 9:14 PTG  

Apakah mustahil kita mempunyai dua atau lebih perasaan dalam satu masa wahai sahabat? Dalam masa kita mengharapkan agar amal kita diterima, apakah tidak mungkin kita berasa bimbang dengan amalan itu tertolak kerana kekhilafan dan kelemahan kita? Allahualam.

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu