Sabtu, November 14, 2009

Tenang Seorang Mukmin

Situasi 1 :

Profil :

Nama : Halim bin Abdullah.
Umur : 33 tahun
Pekerjaan : Pegawai di Syarikat Swasta.
Status : Berkahwin
Gaji : RM4000.00
Pendirian Politik : Parti Islam

Halim selesai menunaikan solat Isyak di masjid berhampiran rumahnya. Apabila dia melihat semula perjalanan hidupnya sepanjang hari ini dia berasa amat tenang sekali. Seawal jam 4.30 pagi dia telahpun bangun untuk solat tahajud dan sunat-sunat lain dan diikuti dengan membaca beberapa surah dari kitab Al-Quran. Sebelum azan Subuh berkumandang dia telahpun bertolak ke masjid. Di masjid dia menunaikan solat tahyatul masjid, dan seperti amalan biasanya dia tidak lupa memasukkan duit sedekah di tabung masjid. Dan selepas azan subuh dia menunaikan solat sunat subuh seterusnya menunaikan solat subuh secara berjemaah.  Selepas itu, dia berwirid sebelum membaca beberapa lagi surah Al-Quran seperti surah Al-Waqiah. Kemudian, diapun bergegas ke tempat kerja. Apabila tiba waktu solat dhuha kira-kira jam 8.30 pagi dia telah menunaikan  solat sunat dhuha di surau tempat dia bekerja. Apabila sampai waktu solat zhuhur, dia pergi menunaikan solat zhuhur secara berjemaah di surau. sekali lagi dia berwirid dan sebelum masuk semula bekerja dia sempat membaca beberapa ayat suci Al-Quran. Di tempat dia bekerja semua rakan sejawatnya, mengakui bahawa Halim seorang yang alim dan warak. dan dia amat menyenangi tanggapan rakan sekerjanya itu. Tiba pula waktu solat Asar, sekali lagi dia bergegas ke surau untuk solat berjemaah di sana. Selepas balik dari kerja Halim berehat sebentar sebelum mandi dan selepas itu menghabiskan masa petangnya dengan  mengamalkan zikir petang.  Kemudian Halim bersiap untuk solat maghrib secara berjemaah di masjid berhampiran rumahnya.  Seperti biasa dia akan awal ke masjid utuk solat tahyatul masjid, dan selepas azan berkumandang dia akan solat sunat sebelum solat maghrib.  Selepas itu, Halim menunaikan solat Magrib secara berjemaah. Selepas dari itu, dia solat sunat selepas Maghrib sebelum masuknya waktu isyak. Apabila masuk solat Isyak dia sekali lagi solat sunat isyak dan diikuti dengan solat fardhu Isyak. Seterusnya, dia akan solat sunat Isyak dan pulang ke rumah dengan tenang kerana urusan dunia dan akhiratnya telah selesai buat hari itu..   

Situasi 2 : 

Nama : Kassim bin Abdullah
Umur : 33 tahun
Pekerjaan : Pegawai di Syarikat swasta
Status : Berkahwin
Gaji : RM 4000.00
Pendirian Politik : Parti Islam

Kassim selesai menunaikan solat Isyak di masjid berhampiran rumahnya. Dia merenung semula perjalanan hidupnya sepanjang hari ini. Seawal jam 4.30 pagi dia telahpun bangun untuk solat tahajud dan sunat-sunat lain dan diikuti dengan membaca beberapa surah dari kitab Al-Quran. Sebelum azan Subuh berkumandang dia telahpun bertolak ke masjid. Di masjid dia menunaikan solat tahyatul masjid, dan seperti amalan biasanya dia tidak lupa memasukkan duit sedekah di tabung masjid. Dan selepas azan subuh dia menunaikan solat sunat subuh seterusnya menunaikan solat subuh secara berjemaah. Selepas itu, dia berwirid sebelum membaca beberapa lagi surah Al-Quran seperti surah Al-Waqiah. Kemudian, diapun bergegas ke tempat kerja. Apabila tiba waktu solat dhuha kira-kira jam 8.30 pagi dia telah menunaikan solat sunat dhuha di surau tempat dia bekerja. Apabila sampai waktu solat zhuhur, dia pergi menunaikan solat zhuhur secara berjemaah di surau. sekali lagi dia berwirid dan sebelum masuk semula bekerja dia sempat membaca beberapa ayat suci Al-Quran. Di tempat dia bekerja semua rakan sejawatnya, mengakui bahawa Kassim seorang yang alim dan warak. Dan dia tidak menyenangi tanggapan rakan sekerjanya itu. Tiba pula waktu solat Asar, sekali lagi dia bergegas ke surau untuk solat berjemaah di sana. Selepas balik dari kerja Kassim berehat sebentar sebelum mandi dan selepas itu menghabiskan masa petangnya dengan mengamalkan zikir petang. Kemudian Halim bersiap untuk solat maghrib secara berjemaah di masjid berhampiran rumahnya. Seperti biasa dia akan awal ke masjid untuk solat tahyatul masjid, dan selepas azan berkumandang dia akan solat sunat sebelum solat maghrib. Selepas itu, Halim menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah. Selepas dari itu, dia solat sunat selepas Maghrib sebelum masuknya waktu isyak. Apabila masuk solat Isyak dia sekali lagi solat sunat isyak dan diikuti dengan solat fardhu Isyak. Seterusnya, dia akan solat sunat Isyak dan pulang ke rumah. Sebelum tidur dia berasa tenang dengan kehidupan dunianya, tetapi berasa bimbang dengan urusan akhiratnya. Dia berasa bimbang jika Allah tidak menerima segala amalannya pada hari tersebut. Malahan dia juga bimbang jika amalannya pada hari itu mungkin ternoda dengan riak dan takabbur. Namun, di sudut kecil hatinya dia amat mengharapkan Allah menerima amalannya pada hari itu.

Jadi sidang pembaca sekalian dari dua situasi itu, siapakah antara mereka yang mempunyai sikap yang betul? Adakah Halim yang berasa amat tenang dan amat berpuas hati dengan kehidupan dunianya dan berasa yakin pula dengan amal ibadahnya dapat membantunya di akhirat kelak.

Atau sikap Kassim yang betul apabila berasa cukup dan tenang pada kehidupan dunianya tetapi berasa bimbang dan cemas dengan amalan ibadah jika ditolak oleh Allah s.w.t tetapi dalam masa yang sama amat berharap agar amalannya diterima oleh Allah s.w.t.

Sebagai seorang muslim apakah kita boleh berasa tenang dengan amalan ibadat kita yang kita sendiri rasakan amat banyak atau kita perlu rasa bimbang dan harap pada amal ibadah kita? Jawapannya kita bincang dalam masa mendatang insya Allah.    

   

2 ulasan:

Ashabul Yamin,  20 November 2009 11:57 PTG  

Nikmat ketenangan sejati hanyalah apabila berada di syurga Allah.

cikgusaiful 21 November 2009 10:56 PTG  

Dalam kitab al-hikam (mutiara kata) menyebut: "Antara tanda-tanda berpegang dengan amalan ialah harapan semakin susut ketika berbuat kesalahan"
Penulis kitab al-hikam menerangkan jika amalan kebaikan yang dilakukan tanpa menurut kehendak keimanan dan andai berdepan dengan kemelut dosa, individu itu begitu takut akan cahaya imannya semakin malap maka itu tanda-tanda kebaikan dalam dirinya akan menjelma...
Seterusnya beliau menambah lagi dengan berkata:"Keyakinan merupakan teras dalam kehidupan Muslim yang sedang menyusuri jalan Tuhannya, tanpanya, sikap Muslim akan terumbang-ambing dan mudah ditipu oleh nafsu syahwat..

Renungkanlah....dan dapatkan kitab al-hikam untuk menambahkan ilmu di dada..

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu