Jumaat, Januari 01, 2010

Tahun Masihi @ Tahun Hijrah

Jika kita lihat umat Islam pada masa kini amat bertuah kerana mereka merupakan antara umat manusia yang menggunakan dua sistem kalendar dalam masa yang sama. Pertama penggunaan sistem kalendar Masihi atau kalendar gregorian dan kalendar Hijrah. Dalam kuliah bulanan Ustaz Baharuddin(Imam Masjid Tapah) pada malam sebelum tahun baru semalam di Masjid Diraja Ubudiah Kuala Kangsar, beliau menyarankan agar kita tidak terlalu fanatik dalam penggunaan kedua-dua kalendar ini. Hal ini kerana terdapat segelintir umat Islam yang berasakan kalendar Masihi itu milik Barat(lebih khususnya Kristian) dan kalendar Hijrah itu milik Islam..
Sebagai umat Islam kita perlu bersikap lapang dada dan minda dalam memahami pengertian sebenar kedua-dua sistem kalendar tersebut. Hal ini kerana, kita perlu menerima realiti bahawa sistem keduniaan kini mengguna pakai sistem kalendar Masihi dalam semua aspek kehidupan seharian. Namun, dalam masa yang sama kita perlulah lebih prihatin dengan penggunaan sistem kalendar Hijrah kerana sistem kalendar ini amat penting dalam kehidupan beribadat kita seharian. Tidaklah salah kita menggunakan kedua-dua sistem ini dalam kehidupan seharian kita. Cuma jika kita lihat masih ramai umat Islam yang sering melupakan hari bulan dalam Kalendar Hijrah berbanding hari bulan dalam kalendar Masihi.
Maka, kita marilah kita berazam mulai tahun ini agar kita lebih prihatin dengan penggunaan kelendar hijrah. Janganlah hendaknya kita hanya mengetahui hari bulan hijrah hanya pada bulan Ramadhan sahaja dan melupakannya pada bulan-bulan yang lain. Wassalam.

 

1 ulasan:

cikgusaiful 2 Januari 2010 pada 10:03 PG  

Menarik artikel tuan....di antara sebab mengapa Sayidina Umar r.a memilih menggunakan sistem kalendar hijrah ialah sebagai mercu tanda kemenangan Islam, agar setiap kali kita menyambut tahun baru umat Islam seluruh dunia akan menjadikan tarikh hijrah sebagai aspirasi mencipta kemenangan baru. Marilah kita sama-sama menghayati semangat hijrah sebagaimana yang dilakukan oleh para sahabat baginda SAW, para tabi'in, tabii tabi'in, semoga kita akan selamat pada hari yang pasti akan tiba, hari yang amat menakutkan.....

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu