Rabu, November 10, 2010
Rabu, September 01, 2010
Lagu Negeri Perak Darul Ridzuan
Ramai masih tidak tahu lagu negeri Perak. Inilah lagu tersebut .
Isnin, Ogos 09, 2010
Ramadhan Oh Ramadhan
Ramadhan kembali bertamu. Setelah setahun berlalu kini Ramadhan datang lagi. Sebelum kita menyambut kehadiran bulan seribu rahmat ini, marilah kita muhasabah diri kita. Soalan yang pertama adalah apakah Ramadhan yang lalu telah mengubah diri kita?.
Mengubah diri kita menjadi lebih bertaqwa atau setelah berkali-kali menyambut Ramadhan kita masih lagi di takuk lama.Ramadhan datang dan pergi, namun kebanyakan manusia semakin buas melayan nafsu, semakin rakus mengejar dunia, semakin kejam merobek kemanusiaan.
Saban tahun kita melihat, semakin banyak kekejaman yang dilakukan oleh manusia. Semakin banyak bayi yang dibuang, semakin meningkat nyawa yang dibunuh kejam, semakin melonjak kes samun, rompak dan ragut di tanah air kita ini.
Jelas, Ramadhan yang lalu masih tidak diambil manfaat untuk menjadi manusia yang lebih baik dan bertaqwa.Betapa ruginya kita bila Ramadhan yang bakal menjengah nanti menjadi seperti Ramadhan yang lalu, pergi tanpa kita mendapat sebarang manfaat darinya. Betapa ruginya bila Ranadan yang bakal bertamu tidak dapat menjadikan kita manusia yang lebih baik dan bertaqwa dari masa lalu. Hendaknya biarlah Ramadhan ini menjadi titik tolak kepada perubahan diri kita, bukannya berlalu seperti masa-masa yang dulu. Wassalam
Khamis, Julai 01, 2010
Amalan Dunia dan Akhirat
Maksud hadis :
Dari Amirul Mu’minin, (Abu Hafsh atau Umar bin Khattab radiallahu’anhu) dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ’Sesungguhnya seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya. Oleh sebab itu, barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana (untuk mendapatkan) dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi tujuannya (niatnya).’” (Diriwayatkan oleh dua imam ahli hadits; Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Mughirah bin Bardizbah Al-Bukhori dan Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusairy An-Naisabury di dalam kedua kitab mereka yang merupakan kitab paling shahih antara kitab-kitab hadits)[.
Segala amalan dan perbuatan kita di dunia ini pasti ada niat dan tujuan tertentu. Malah setiap amalan pastilah dimulai dengan niat. Niat memainkan peranan penting menentukan kedudukan amalan seseorang sama ada amalan tersebut merupakan amalan dunia atau amalan akhirat. Implikasi amalan dunia bermakna laba atau keuntungan amalan tersebut diperoleh di dunia semata-mata tanpa ada keuntungan di akhirat. Manakala implikasi amalan akhirat bermakna laba atau balasannya diperoleh di akhirat. Malahan, ada kemungkinan balasan kepada amalan akhirat diperoleh di dunia lagi. Sering sahaja manusia keliru menentukan sesuatu amalan itu amalan dunia atau akhirat. Ramai beranggapan memiliki kereta yang hebat itu sebagai bersifat keduniaan atau mengejar harta kekayaan sebagai bersifat keduniaan. Apakah itu benar?
Sebenarnya, kaedah menentukan sama amalan itu merupakan amalan dunia atau akhirat tidak dapat diketahui oleh orang lain kecuali oleh tuan punya hati itu sendiri. Malahan, amalan dunia atau akhirat juga bukannya ditentukan oleh rupa amalan itu, Sebagai contoh, solat yang didirikan kerana ingin menunjuk-nunjuk itu menjadi amalan dunia semata-mata kerana labanya diperoleh di dunia dengan mendapat pujian dari manusia. Selain itu, seorang pencinta ilmu yang ikhlas, akan memperoleh balasan di akhirat jika dia menuntut ilmu kerana Allah dan Rasul tetapi jika dia menuntut ilmu kerana semata-mata ingin menjadi ilmuan atau penceramah ulung yang dikagumi sekalian manusia, maka kekaguman manusia itulah yang dia perolehi.
Rupa amalan dunia seperti memiliki kereta mahal akan menjadi amalan akhirat jika kereta yang dia beli itu dari sumber yang halal dan dia gunakan untuk tujuan yang makruf seperti untuk menuntut ilmu dan mencari rezeki yang halal atau untuk memberikan keselesaan kepada ahli keluarganya, maka amalan membeli kereta tadi menjadi amalan akhirat bagi dia. Begitulah, kaedah menentukan sesuatu amalan itu amalan dunia atau akhirat banyak bergantung kepada niat dan tujuan seseorang dan bukan semata-mata bergantung kepada rupa amalan tersebut kecualilah jika amalan tersebut sememangnya jelas bersifat haram dan mungkar. Wassalam.
Jumaat, Jun 11, 2010
Waktu Lapangmu
Khamis, Mei 27, 2010
Tahniah ITNM

Ahad, Mei 16, 2010
Selamat Hari Guru
Sabtu, Mei 15, 2010
Penyakit Hati
Jumaat, Mei 07, 2010
Selamat Hari Ibu untuk Emak Tersayang
Sabtu, April 10, 2010
Khamis, April 01, 2010
Seruan Kepada Pemuda
Wahai sekalian pemuda!
Kita sama-sama wajib yakin dengan tulus hati, bahawa satu-satunya ajaran yang dapat menyelamatkan dunia yang diancam bencana peperangan, yang dapat memimpin umat manusia yang sesat ke jalan yang lurus ialah akidah dan ajaran Islam. Dan ajaran Islamlah yang menuntut pengorbanan harta dan jiwa dalam rangka mengajak manusia ke jalan yang benar. Ajaran Islam adalah yang lurus, dan sesiapa yang mengikuti jalannya mereka tidak akan sesat selama-lamanya.
Firman Allah Subhanawataala :
Jadi pegangan kita ialah ISLAM. Kita bersandar, bersumber, dan berjuang untuk meninggikan kalimatNya. Tidak ada suatu sistem yang dapat menandingi aqidah Islam. Kita hanya berpedoman kepada ajaran Islam dan hanya patuh kepada hukum Islam.
Firman Allah Subhanawataala :


Khamis, Mac 25, 2010
Persediaan Kemahiran Berbahasa dalam Dakwah

Ahad, Mac 07, 2010
Membangkitkan Semula Gerakan Muda Islam
Meskipun, pada dekad 80-an, sekali lagi berlaku gelombang kebejatan sosial yang memperlihatkan kemasukkan pengaruh muzik Rock namun masih diimbangi dengan pertubuhan-pertubuhan ini. Pada masa itu, pengaruh usrah dan gerakan dakwah pertubuhan seperti ABIM dan Al-Arqam telah menjadi benteng kepada muda-mudi.
Namun, bermula dekad 90-an sehingga kini, gerakan golongan muda Islam dilihat semakin lemah, bermula dengan pengharaman Al-Arqam dan kurangnya aktiviti dakwah oleh pertubuhan Islam seperti ABIM dalam kalangan muda-mudi. Kehidupan muda-mudi mulai jauh daripada nur Islam, kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet memperlihatkan arus globalisasi merempuh masuk ke dalam jiwa masyarakat muda. Hari ini, kita lihat kesannya, berlaku sekali lagi senario pada awal dekad 70-an, apabila gaya hidup barat menular dalam masyarakat. Pelbagai aktiviti tidak bermoral berlaku dalam masyarakat seperti pergaulan bebas, berlumba haram(rempit), aktiviti kelab malam yang menjadi ibu kemaksiatan dan pelbagai lagi. Sebagai kesannya, kita lihat kes pembuangan bayi menular, kes perzinaan melata, tekanan hidup yang membawa kepada pembunuhan dalam kalangan golongan muda berleluasa. Senario hidup masyarakat semakin parah dengan kejadian jenayah berat seperti pembunuhan, rompak, samun, rogol dan pelbagai lagi situasi yang amat menakutkan berlaku dalam masyarakat.
Jelaslah, masyarakat Malaysia memerlukan penawar kepada segala penyakit sosial ini. Tidak dapat tidak golongan muda yang mendasari segala keporakperandaan perlu disuntik semula dengan vaksin nur Islam. Tidak ada ubat lain yang lebih mujarab selain kembali kepada Islam. Oleh itu, sebahagian golongan muda yang mempunyai kesedaran perlu bangkit membantu sahabat muda kita yang sedang sakit itu. Marilah kita seru golongan muda bermasalah ini kepada cara hidup Islam. Untuk itu, saya menyeru kepada para pemuda dan pemudi semua agar kembali menghidupkan semula gerakan Islam seperti ABIM untuk mengatasi masalah sosial dalam masyarakat kita. Kita hidupkan semula aktiviti seperti usrah dan dakwah agar ia menjadi pengubat kepada diri kita dan sahabat muda kita. Menghidupkan semula gerakan Islam seperti ABIM akan memperkuatkan benteng jiwa daripada kebejatan sosial yang berlaku kini. Kita sebagai golongan muda mempunyai peranan yang amat besar dalam mengembalikan nur Islam dalam masyarakat meskipun kita berasakan tiada kekuatan mengubah keadaan masyarakat kini namun percayalah dengan menghidupkan dan memperkasakan semula gerakan Islam pasti Allah s.w.t akan memberi bantuan kepada kita. InsyaAllah.
Isnin, Februari 22, 2010
Peranan Guru Bahasa Dalam Proses Dakwah
Selasa, Februari 09, 2010
Seruan Kepada Islam
Ahad, Januari 24, 2010
Renungan
Nasihat dari Saidina Ali b. Abi Talib k.w:
"Amal ibadah itu memang meletihkan tetapi ingatlah keletihan itu akan hilang, tetapi pahalanya akan kekal selama-lamanya."
"Manakala maksiat itu memang menyeronokkan, tetapi ingatlah keseronokan akan hilang, tetapi dosanya akan kekal selama-lamanya."
Isnin, Januari 18, 2010
Berdiri Menghormati Pemimpin/Ketua?
Petikan daripada Al-Fikrah.