Ahad, September 06, 2009

Akidah dan H1N1

Apabila berlakunya wabak H1N1 di seluruh dunia, umat manusia menjadi panik dan bimbang dengan penularannya. Setiap hari kita dihadapkan dengan statistik jangkitan dan kematian yang semakin meningkat. Kesannya, kita amat takut dengan virus ini sehinggakan terbina di dalam minda kita bahawa yang menyebabkan kematian itu ialah virus H1N1 itu..
Ramai umat Islam terlupa bahawa virus itu hanyalah asbab kematian sedangkan hakikatnya, kematian dan kesakitan itu datangnya dari Allah s.w.t. Terdapat tanggapan bahawa virus itu amat berkuasa untuk menarik roh dari jasad sehingga menyebabkan kematian. Kita perlu menyedari bahawa kematian, kesakitan, kebahagian dan kesihatan yang kita alami kini merupakan ujian Allah s.w.t buat hamba-hambanya. Samalah dengan antiviral dan vaksin yang akan disuntik ke tubuh kita kelak agar kita selamat dari virus tersebut. Kita perlu menyedari bahawa kesembuhan yang terjadi hakikatnya bukanlah berpunca kerana antiviral atau vaksin tersebut tetapi kesembuhan itu adalah kerana kehendak dari Allah s.w.t.  ubat-ubatan itu hanyalah asbab sembuh penyakit itu sedang yang menyembuh itu ialah Allah s.w.t jua.  
Janganlah hendaknya virus ini menyebabkan akidah kita tergelincir kerana hadirnya wabak ini hanyalah asbab kematian dan kesakitan yang kita alami. Sedang hakikatnya segalanya dari Allah s.w.t. Namun kita sebagai manusia perlu berusaha untuk mengelak penyakit ini dan berdoa serta bertawakal agar Allah tidak mentakdirkan kita terkena penyakit ini. Dan jika ditakdirkan kita terkena penyakit ini, tanggungjawab kitalah untuk mencari penawarnya. Sekali lagi saya tegaskan kematian dan kehidupan segalanya ketentuan Allah s.w.t. Wassalam.

1 ulasan:

cikgusaiful 6 September 2009 10:43 PTG  

aku tak dapat nak bagi komen dalam blog Bahasa Melayu SPM hang..mungkin hang tak tukar setting (tetapan) dalam tetapan comment blog BM SPM hang...aku ada tengok satu blog cikgu BM memang bagus sekali...cuba layari "Laman Blog cikgu Tan CL" hang pasti teruja!

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu