Selasa, September 15, 2009

Berita Baik Kepada Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

Sebentar tadi Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan semua lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM) yang berkelayakan akan diterima memasuki institusi pengajian tinggi awam(IPTA) tempatan mulai sesi akan datang. Hal ini disebabkan JPA baru sahaja mengiktiraf lulusan STAM seperti mana lulusan STPM. Dalam hal ini, kita harus mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan kerana setelah sekian lama lulusan STAM akhirnya telah diiktiraf. Pengiktirafan ini sebenarnya telah mengangkat taraf pendidikan Islam ke satu tahap yang lebih tinggi dan seterusnya mengangkat martabat sekolah-sekolah agama di Malaysia. Tahniah.

1 ulasan:

cikgusaiful 17 September 2009 12:15 PG  

Tahniah sebab blog hang tersenarai dalam spotiklan.net untuk artikel keterbukaan bahasa melayu. Ceritanya aku tengah melayari internet dan mencari beberapa istilah sains dalam BM, ironinya aku jumpa blog hang link dengan spotiklan.net. Tahniah sekalilagi kerana berjaya menambahkan sumbangan ilmu BM di alam maya...

Perjuanganku

Memartabat Agama Islam dan Bahasa Melayu sehingga diletakkan di tempat yang selayaknya.

Dimanakah Anda?

Tetamu