Isnin, Disember 28, 2009
Rabu, November 25, 2009
Dasar MBMMBI Bermula Tahun 2011
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris(MBMMBI) akan dimulakan lebih awal iaitu bermula pada sesi persekolahan 2011. Sebelum ini kerajaan memutuskan dasar ini akan bermula pada tahun 2012.
Dengan itu, beliau mengesa agar warga pendidik mengembleng tenaga bagi menjayakan dasar ini agar sistem pendidikan negara akan lebih perkasa. Kita perlu menyambut baik pengumuman baru ini kerana masa hadapan anak bangsa tidak lagi boleh dipertaruhkan, terutama anak bangsa yang berada jauh di pedalaman dan luar bandar. Wassalam.
Wasiat As-syahid Hasan Al-Banna
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah solat serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.
Ahad, November 22, 2009
Tenang Seorang Mukmin 2
Sabtu, November 14, 2009
Tenang Seorang Mukmin
Profil :
Nama : Halim bin Abdullah.
Umur : 33 tahun
Pekerjaan : Pegawai di Syarikat Swasta.
Status : Berkahwin
Gaji : RM4000.00
Pendirian Politik : Parti Islam
Situasi 2 :
Nama : Kassim bin Abdullah
Umur : 33 tahun
Pekerjaan : Pegawai di Syarikat swasta
Status : Berkahwin
Gaji : RM 4000.00
Pendirian Politik : Parti Islam
Kassim selesai menunaikan solat Isyak di masjid berhampiran rumahnya. Dia merenung semula perjalanan hidupnya sepanjang hari ini. Seawal jam 4.30 pagi dia telahpun bangun untuk solat tahajud dan sunat-sunat lain dan diikuti dengan membaca beberapa surah dari kitab Al-Quran. Sebelum azan Subuh berkumandang dia telahpun bertolak ke masjid. Di masjid dia menunaikan solat tahyatul masjid, dan seperti amalan biasanya dia tidak lupa memasukkan duit sedekah di tabung masjid. Dan selepas azan subuh dia menunaikan solat sunat subuh seterusnya menunaikan solat subuh secara berjemaah. Selepas itu, dia berwirid sebelum membaca beberapa lagi surah Al-Quran seperti surah Al-Waqiah. Kemudian, diapun bergegas ke tempat kerja. Apabila tiba waktu solat dhuha kira-kira jam 8.30 pagi dia telah menunaikan solat sunat dhuha di surau tempat dia bekerja. Apabila sampai waktu solat zhuhur, dia pergi menunaikan solat zhuhur secara berjemaah di surau. sekali lagi dia berwirid dan sebelum masuk semula bekerja dia sempat membaca beberapa ayat suci Al-Quran. Di tempat dia bekerja semua rakan sejawatnya, mengakui bahawa Kassim seorang yang alim dan warak. Dan dia tidak menyenangi tanggapan rakan sekerjanya itu. Tiba pula waktu solat Asar, sekali lagi dia bergegas ke surau untuk solat berjemaah di sana. Selepas balik dari kerja Kassim berehat sebentar sebelum mandi dan selepas itu menghabiskan masa petangnya dengan mengamalkan zikir petang. Kemudian Halim bersiap untuk solat maghrib secara berjemaah di masjid berhampiran rumahnya. Seperti biasa dia akan awal ke masjid untuk solat tahyatul masjid, dan selepas azan berkumandang dia akan solat sunat sebelum solat maghrib. Selepas itu, Halim menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah. Selepas dari itu, dia solat sunat selepas Maghrib sebelum masuknya waktu isyak. Apabila masuk solat Isyak dia sekali lagi solat sunat isyak dan diikuti dengan solat fardhu Isyak. Seterusnya, dia akan solat sunat Isyak dan pulang ke rumah. Sebelum tidur dia berasa tenang dengan kehidupan dunianya, tetapi berasa bimbang dengan urusan akhiratnya. Dia berasa bimbang jika Allah tidak menerima segala amalannya pada hari tersebut. Malahan dia juga bimbang jika amalannya pada hari itu mungkin ternoda dengan riak dan takabbur. Namun, di sudut kecil hatinya dia amat mengharapkan Allah menerima amalannya pada hari itu.
Jadi sidang pembaca sekalian dari dua situasi itu, siapakah antara mereka yang mempunyai sikap yang betul? Adakah Halim yang berasa amat tenang dan amat berpuas hati dengan kehidupan dunianya dan berasa yakin pula dengan amal ibadahnya dapat membantunya di akhirat kelak.
Atau sikap Kassim yang betul apabila berasa cukup dan tenang pada kehidupan dunianya tetapi berasa bimbang dan cemas dengan amalan ibadah jika ditolak oleh Allah s.w.t tetapi dalam masa yang sama amat berharap agar amalannya diterima oleh Allah s.w.t.
Sebagai seorang muslim apakah kita boleh berasa tenang dengan amalan ibadat kita yang kita sendiri rasakan amat banyak atau kita perlu rasa bimbang dan harap pada amal ibadah kita? Jawapannya kita bincang dalam masa mendatang insya Allah.
Rabu, November 11, 2009
Istiqamah
Selasa, Oktober 20, 2009
Bahasa Melayu di SJK
Persoalannya kenapakah hal ini berlaku? Apakah tempoh masa 52 tahun amat singkat untuk kita membina nilai perpaduan dalam masyarakat? persoalan-persoalan ini sebenarnya amat sukar untuk dijawab dalam ruang yang sesempit ini. Persoalan ini terlalu besar dan rumit sekali. Namun saya ingin meluahkan pandangan saya tentang aspek pendidikan yang menyumbang kepada kerapuhan nilai perpaduan di Malaysia kini.
Malaysia sejak penubuhannya bermula dengan kemerdekaan Tanah Melayu sehinggalah penubuhan Malaysia pada tahun 1963 telah mengamalkan satu sistem pendidikan yang tidak ada di mana-mana negara di dunia ini. Dalam hal ini, sistem persekolahan di negara ini terpecah kepada tiga aliran yang berbeza yakni aliran Kebangsaan (SK dan SMK), aliran Cina(SRJKC dan SMJKC), dan aliran Tamil (SRJKT). Meskipun, semua aliran ini menggunakan satu sistem kurikulum dan peperiksan yang sama tetapi menggunakan bahasa pengantar yang berbeza. Meskipun, tidak salah kita mempelajari bahasa ibunda masing-masing tetapi kita memerlukan satu bahasa perdana yang dapat menyatukan kita semua.
Dalam soal ini, bahasa Melayu telah diiktiraf oleh generasi terdahulu sebagai Bahasa Kebangsaan, maka bahasa yang paling layak menjadi bahasa perdana tersebut ialah bahasa Melayu. Bukan itu sahaja sebabnya, selain itu, bahasa ini juga merupakan bahasa yang hampir difahami oleh semua bangsa di Malaysia ini. Atas dasar ini maka kedudukan bahasa Melayu perlu diperkukuhkan dalam semua aliran pendidikan di negara ini. Dalam hal ini, saya melihat tidak ada sebarang masalah di sekolah kebangsaan tetapi terdapat masalah di aliran Cina dan Tamil. Dengan peruntukan masa belajar bahasa Melayu sebanyak 180 hingga 270 minit di sekolah aliran tersebut maka penguasaan bahasa dalam kalangan murid di sekolah tersebut amat minimal. Murid-murid hanya mempelajari bahasa Melayu sebanyak tiga waktu seminggu. Jumlah ini amat sedikit berbanding dengan kepentingan menguasai bahasa Melayu sebagai alat perpaduan di negara ini. Maka cadangan memperluas pengunaan Bahasa Kebangsaan di sekolah aliran Cina dan Tamil perlu disambut dengan baik. Waktu belajar bahasa Melayu perlu ditambah dan penggunaan bahasa Melayu dalam subjek bukan teras merupakan satu pilihan yang tepat pada masa ini. Malahan, pendedahan akhbar Berita Harian dalam rencananya(boleh dilihat di sini) dalam akhbar tersebut pada hari ini (20 Oktober 2009) bahawa terdapat guru-guru yang mengajar bahasa Melayu dalam bahasa Cina perlu dipandang serius oleh pihak kementerian Pelajaran.
Namun, cadangan yang amat baik ini telah disambut dingin oleh Pertubuhan Jiao Zong (Pertubuhan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia) malahan, hujah beremosi Pengerusinya, Ong Chiaw Chuan amat dikesali. Sepatutnya beliau menyambut baik cadangan tersebut kerana cadangan itu akan memberikan kebaikan kepada anak-anak bangsanya. Dan lebih besar lagi nilai perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Tuntasnya, peranan bahasa Melayu sebagai enjin perpaduan perlu diperkuatkan di sekolah aliran Cina dan Tamil di negara ini. Anak-anak kita perlu didedahkan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul dengan lebih luas lagi. Janganlah hendaknya dalam usia negara melebihi separuh abad ini, masih ada lagi rakyat Malaysia yang bertutur bahasa Melayu seolah-olah mereka baru sahaja berhijrah ke negara ini seperti bertuturnya pekerja-pekerja Bangladesh yang baru sebulan tiba ke negara ini. Kita mengharapkan sistem pendidikan di negara ini dapat melahirkan rakyat yang fasih berbahasa Melayu malahan berbangga dengan bahasa tersebut. Wassalam
Jumaat, Oktober 16, 2009
Nikmat Sihat Sebelum Sakit
Rabu, Oktober 07, 2009
Melayu Pada Suatu Masa Dahulu
. Baca selengkapnya......
Kehebatan Bahasa Melayu
Ahad, Oktober 04, 2009
Lebih Kuasa Untuk DBP
Sabtu, Oktober 03, 2009
Seminar Bahasa dan Realitinya
Jika beginilah caranya, percayalah bahawa bahasa Melayu akan terus layu dalam asakkan era globalisasi yang terus mengecilkan peranannya dalam pelbagai bidang. Percayalah, perjuangan bukanlah perjalanan yang mudah berhampar permaidani merah. Hakikat perjuangan adalah payah dan sukar dan menekan perasaan. Malahan, perjuangan tidak pernah berhenti sehinggalah nafas terhenti. Namun jika kita berasakan perjuangan memartabatkan bahasa Kebangsaan yang kita cintai ini cukup dengan berseminar dan berkolukium maka 'tepuklah dada tanyalah selera'. Wassalam
Khamis, Oktober 01, 2009
Bulan Bahasa
Bulan Oktober merupakan Bulan Bahasa Kebangsaan. Tema bagi bulan bahasa pada tahun ini ialah "Bahasa Jiwa Bangsa". Tema lama yang dikitar semula.
Baca selengkapnya......Isnin, September 21, 2009
Erti Syawal
Lantaran, nafsu merupakan elemen yang perlu dikawal, maka institusi Ramadhan merupakan peluang yang disediakan oleh Allah s.w.t untuk manusia melatih diri untuk mengawal hawa nafsu. Pada ketika umat Islam berpuasa, nafsu terhadap makanan, seks, keinginan-keinginan melihat, mendengar, dan mengatakan hal-hal yang mungkar ditahan. Jika pada bulan Ramadhan ini umat Islam benar-benar berjaya mengawal hawa nafsunya, maka tidak mustahil kita boleh mengawal elemen ini selama satu tahun yang akan datang. Malahan, untuk memastikan tidak ada elemen gangguan dalam kita menjalani latihan mengawal nafsu, maka Allah telah membelenggu Syaitan sepanjang bulan Ramadhan, agar manusia dapat memfokuskan diri mereka kepada latihan mengawal hawa nafsu semata-mata.
Jadi apabila kita meraikan Aidilfitri bermakna kita meraikan diri kita yang telah berjaya membawa diri kita kembali kepada fitrah kejadian manusia itu sendiri. Malahan, sebagai ganjarannya, Allah menawarkan pengampunan dan syurga kepada mereka yang berjaya. Namun, jika selepas Ramadhan, hawa nafsu kita masih lagi tidak terkawal, maka bermakna kita telah gagal mencapai matlamat berpuasa. malahan, jika maksiat terus kita lakukan semasa sambutan Aidilfitri maka tidak adalah maknanya kita meraikan Syawal. Malah, syawal yang kita raikan hanya sekadar sambutan kerana adat, bukannya kerana syariat.
Justeru, kita perlu bertanya kepada diri sendiri apakah kita meraikan Syawal kerana kejayaan kita mentarbiyah hawa nafsu kita sepanjang Ramadhan atau sekadar kerana orang lain raikan maka kita juga turut ingin serta meraikannya. Hendaknya, kegembiraan kita meraikan Syawal kerana kita berjaya mengawal hawa nafsu kita sepanjang Ramadhan dan latihan Ramadhan itu memberikan kesan dalam kehidupan kita pada masa mendatang. Maka, jelaslah sambutan Aidilfitri ini merupakan hari konvokensyen untuk mereka yang berjaya keluar dari Universiti Ramadhan dengan jayanya. Wassalam. .
Sabtu, September 19, 2009
Jentikan Akal
Selasa, September 15, 2009
Berita Baik Kepada Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia
Isnin, September 14, 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga kepada semua pengunjung blog ini. Maaf zahir dan batin jika tersalah kata, tersalah perbuatan dan tersalah niat. Moga anda mendapat keberkatan Ramadhan dan kebahagiaan Syawal. Baca selengkapnya......
Ahad, September 13, 2009
Semangat Kekitaan Berbahasa
Keadaan ini perlu dirobah untuk kita melihat lahirnya bangsa Malaysia seperti yang diimpikan oleh Perdana Menteri. Jika tidak slogan 1Malaysia itu hanyalah tinggal slogan semata-mata. Orang Melayu perlulah mempunyai semangat kekitaan berbahasa yang lebih tebal apabila bercakap dengan orang bukan Melayu. Biarlah mereka terikut dengan gaya percakapan kita, jangan kita pula yang terikut dengan percakapan mereka. Hal ini sebenarnya bukan seruan kepada semangat perkauman tetapi salah satu cara kita membantu mereka berbahasa Melayu dengan betul dan fasih. Wassalam.
Jumaat, September 11, 2009
Penutur Kedua Bahasa Melayu
Pada masa tersebut orang Melayu berjumlah 420 ribu, orang Cina berjumlah 433 ribu dan orang India berjumlah 173 ribu. Malahan pada tahun 1921 orang Melayu hanyalah 49 peratus dari komposisi penduduk di Tanah Melayu. Namun, menjelang merdeka British telah menghantar ribuan imigran ini pulang dan ada dalam kalangan mereka ini yang telah berhijrah ke Singapura. Apabila, Singapura keluar dari gagasan Malaysia maka peratus orang Melayu termasuk bumiputera Sabah dan Sarawak telah meningkat seperti sekarang. Hakikatnya, di Malaysia pada masa ini wujud kelompok penutur kedua bahasa Melayu hasil liberalisasi British sebelum merdeka.
Namun, kita juga harus memberikan pujian kepada kaum bukan Melayu yang dapat bertutur bahasa Melayu dengan fasih dan betul. Malahan ada juga dalam kalangan mereka ini yang kadang-kala lebih fasih dan betul berbahasa Melayu berbanding dengan segelintir orang Melayu sendiri. Sesuatu yang menariknya, jika kita lihat kaum bukan Melayu yang fasih berbahasa Melayu ini kebanyakannya datangnya dari negeri-negeri tertentu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. InsyaAllah, pada masa hadapan kita akan mengkaji sebab-musabab kenapakah kaum bukan Melayu dari negeri-negeri ini dilihat lebih fasih berbahasa Melayu berbanding negeri-negeri lain? Wassalam
.
Isnin, September 07, 2009
Nuzul Al-Quran
Ahad, September 06, 2009
Akidah dan H1N1
Ramai umat Islam terlupa bahawa virus itu hanyalah asbab kematian sedangkan hakikatnya, kematian dan kesakitan itu datangnya dari Allah s.w.t. Terdapat tanggapan bahawa virus itu amat berkuasa untuk menarik roh dari jasad sehingga menyebabkan kematian. Kita perlu menyedari bahawa kematian, kesakitan, kebahagian dan kesihatan yang kita alami kini merupakan ujian Allah s.w.t buat hamba-hambanya. Samalah dengan antiviral dan vaksin yang akan disuntik ke tubuh kita kelak agar kita selamat dari virus tersebut. Kita perlu menyedari bahawa kesembuhan yang terjadi hakikatnya bukanlah berpunca kerana antiviral atau vaksin tersebut tetapi kesembuhan itu adalah kerana kehendak dari Allah s.w.t. ubat-ubatan itu hanyalah asbab sembuh penyakit itu sedang yang menyembuh itu ialah Allah s.w.t jua.
Jumaat, September 04, 2009
Persiapan Kemuncak Ramadhan
Dalam soal ini kita perlu bertanyakan diri kita apakah persiapan kita dalam melalui malam lailatul qadar itu?Malam Lailatul Qadar ini merupakan saat yang amat besar dalam tuntutan beragama. Hal ini ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam Firmannya :“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (surah : al-Qadr, ayat ketiga). Seribu bulan bermakna 83 tahun. Bayangkan betapa besar kelebihan lailatul qadar itu apabila dibuat perbandingan dengan malam-malam yang lain.
Keterbukaan Bahasa Melayu 2
B
bangku (banco)
Belanda (holanda)
beranda (veranda)
bendera (bandeira)
biola (viola)
bola (bola)
bilyet (bilhette)
boneka (boneca)
bordil (bordel), tempat pelacuran
botol (botelha)
D
dadu (dado)
dansa (dança)
G
garpu (garfo)
gereja (igreja)
I
Inggris (Ingles)
J
jendela (janela)
K
kaldu (caldo)
kampung (campo)
katun dan kutang (alcotão)
keju (queijo)
kemeja (camisa)
kertas (carta(s) = surat-surat)
kereta (carreteira)
[sunting] L
lentera (lanterna)
M
mandor (mandador)
marakas (maraca) (alat musik perkusi)
meja (mesa)
mentega (manteiga)
meski (mas que)
Minggu (domingo): nama hari, juga dikenal sebagai Ahad
misa (misa) - ibadat Katolik
N
Natal ( Natal)
nina (spt. dalam "nina bobo") (menina): anak perempuan kecil
nona (dona)
nyonya (donha)
P
palsu (falso)
paderi (padre): pendeta
peluru (pelouro, boleiro)
peniti (alfinete)
Perancis (francesa)
pesiar (passear)
pesta (festa)
pigura (figura)
pita (fita)
R
renda (renda)
roda (roda)
ronda (ronda)
S
Sabtu (sábado), nama hari
sabun (sabão)
saku (saco)
sekolah (escola)
sepatu (sapato)
serdadu (soldado)
sinyo (senhor)
sisa (sisa): Bahasa Portugis lama dari residue
T
tanjidor (tangedor)
teledor
tenda (tenda)
tempo (tempo)
terigu (trigo)
tinta (tinta):
Baca selengkapnya......
Rabu, September 02, 2009
Keterbukaan Bahasa Melayu
B
bagi - bahagia - bahasa - bahaya - bahna - bahtera - bahu - baiduri - baja - bakti - bala - banaspati - bangsa - bangsawan - bangsi - bareksa - basmi - batara - batari - bausastra - baya - bayangkara - bayu - bea - beda - bedama - begawan - bejana - bencana - benda - bendahara - berhala - berhana - berita - biara - biarawan - biaya - bicara - bidadari - biji - biksu - biksuni - binasa - birahi - bisa - brahma - brahmana - brahmani - brahmi - brata - buana - budaya - Buddha - budi - bujangga - bukti - bulu roma - bumantara - bumi - bumiputera - bupala - bupati - busana - buta - butala - butayadnya
C
cahaya - cakrabuana - cakra - cakrawala - candala - candi - candra - candramawa - candrasa - candrasengkala - cara - caraka - catur - cedera - cela - cempaka - cendala - cendana - cendekia - cendekiawan - cendera - cendrawasih - cengkerama - cerita - cerna - cinta - cintamani - cipta - cita - citra - cuci - cuka - cula - curiga
D
dadih - dahaga - daksina - dana - dasa - dasawarsa - delima - denda - dendam - derita - desa - Dewa - dewadaru - dewangga - dewasa - dewata - dewayadnya - dewi - dharma, darma, derma - dirgantara - dosa - duli - dupa - duta - dwi
E
eka
G
gada - gaharu - gajah - gala - galuh - ganda - gandarwa - gandewa - gandi - Gangga - gapura - garba - garuda - gatra - gaya - gembala - genta - gergaji- gergasi - gerhana - giri - gita - goni - graha - grahita - griya - gua - gula - gulana - gulma - guna - gunawan - gurindam - guru
H
harsa - harta - hasta - hatta - hima - Himalaya - hina
I
idam - indera - indriya - intisari - irama - istana - istimewa - isteri
J
jagat - jagatraya - jala - jambu - jana - jentera - jasa - jaya - jebad - jeladri - jelma - jiwa - juita - juta
K
kabupaten - kakawin - kala - kalpataru - kama - kamajaya - kanji - kapas - kapur - karena - karma - karna - karunia - karya - kata - kawi - kecapi - keling - keluarga - kemala - kendala - kendi - kenya - kepala - keranda - kerja - kesatria - kesturi - kesumba - ketika - khayal - kirana - kokila - kota - koti - krama - kresnapaksa - krida - ksatria - kuasa - kulasentana - kulawangsa - kunarpa - kunci - kunta - kusa - kusta - kusuma
L
laba - lagu - laksa - laksana - lengkara - lingga - logam - loka - lokakarya - lokananta - lokapala - lintas
M
madia - madu - madukara - madya - maha - maharaja - mahardika - mahkota - makara - mala - malapetaka - manah - mandala - mangsa - mangsi - manik - manikam - mantra - mantri - manusayadnya - manusia - mara - berbahaya - marga - margasatwa - masa - materai - matra - maya - mayapada - mega - melati - menteri - mercapada - merdeka - merdu - merica - merpati - mesra - mesti - mestika - mina - mintuna - mitra - moksa - muka - mula - mustika - mutiara
N
nada - naga - nama - nara - narapati - narapidana - nata - nawa - negara - negeri - neraca - neraka - netra - nila - nirmala - nirwana - niscaya - niskala - nista
Ojah
P
pada - padma - padmi - pahala - paksa - paksi - paksina - pala - panca - pancaka - Pancasila - Pancatantra - pandai - pandita - panitia - papa - para - parameswara - parameswari - parisada - parwa - pasca - pataka - patera - patih - pawaka - pawana - payudara - pedanda - pedati - pekerti - pendapa - pendeta - penjara - perada - perbawa - percaya - perdana - peribahasa - peristiwa - perkara - permaisuri - permata - persada - pertama - pertiwi - perwara - petaka - pidana - pitayadnya - prabu - prahara - prakarsa - prakarya - prakata - prameswari - pramugara - pramugari - pramuria - pramuwisata - pranala - pranata - prasangka - prasarana - prasasti - prasetya - prawacana - pria - pribumi - puasa - puja - pujangga - puji - punggawa - pura - purbakala - puri - purnama - purwa - pusaka - puspa - puspadanta - puspita - pustaka - putera - puteri
R
raga - rahasia - raja - rajaberana - rajah - rajalela - rajawali - raksa - raksasa - raksasi - ramai - rasa - rasa - rasi - rata - ratna - reca - rela - remaja - rencana - renjana - resi - restu - rona - rupa - rupiah
S
sabda - sad - sadaya - sahaya - saka - sakala - saksi - sakti - sama - samapta - samudra - sandi - sandiwara - sanggama - sanggamara - sangka - sangka - sangkala - sangsi - Sansekerta - santi - santika - sapta - saptadarma - saptamarga - sarana - sari - sari - saripati - sarira - sarjana - sasakala - sasian - sastera - satria - satru - satwa - satyalancana - satyawacana - saudara - sayembara - seba - sedia - sediakala - sedianya - segala - segara - sejahtera - selesema - selira - seloka - semadi - semboyan - sementara - sempurna - semua - senantiasa - senapati - sendawa - sendi - sengketa - sengsara - senjata - sentosa - serati - seraya - serba - seribumi - serigala - sesira - setanggi - seteru - setia - siksa - sila - singa - singgasana - sisa - siswa - sorga - sri - sridanta - srikaya - stupa - su - suami - suara - suasana - suci - sudah - sudamala - sudara - sudi - sudra - suka - sukarela - suklapaksa - sukma - sula - sunyata - sunyi - suralaya - surya - suryakanta - susila - sutra - sutradara - swa - swakarsa - swakarya - swapraja - swasembada - swasta - swatantra
T
tabil - tala - tala - tani - tantra - taru - taruna - tata - tata acara - tata surya - tatabahasa - tatabusana - tatacara - tataguna - tatakrama - tatalaksana - tatanama - tatanegara - tega - teja - telaga - tembaga - tentara - tepaslira - terka - tetapi - tirta - tri - trimatra - trimurti - trisna - trisula - triwikrama - tuna - tunagrahita
U
udara - umpama - unta - upacara - upaduta - upah - upama - upaya - upeti - urna - usaha - usia - utama - utara
W
wacana - wahana - waisak - waisya - walimana - waluh - wan - wana - wanara - wangsa - wanita - waranggana - warga - warna - warsa - warta - warta berita - wartawan - waruna - waspada - wati - weda - wedana - werda - wesak - wibawa - wibawa - wicara - widara - widya - widyakarya - widyawisata - wihara - wijaya - wiku - wimana - windu - wira - wiracarita - wirama - wiraswasta - wirawan - wisata - wisatawan - wisaya - wisma - wisuda - wiwaha - wiyaga - wiyatabhakti - wredatama –
Y
yantra - yayasan - yoga - yogi - yoni - yogya - yojana - yuda
Isnin, Ogos 31, 2009
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Bahasa Melayu masih lagi tidak diyakini dapat menyampaikan ilmu pengetahuan terutama dalam ilmu sains dan teknologi. Yang tidak yakin kepada bahasa Melayu bukanlah orang asing tetapi orang Melayu sendiri. Jelaslah bahawa, pemikiran segelintir daripada kita masih lagi terbelenggu dengan penjajahan dengan melihat hanya bahasa Inggeris sahaja yang boleh mengungkap ilmu sains san teknologi moden.
Agama Islam masih lagi tidak mendapat tempat yang sewajarnya. Agama ini tidak dilihat sebagai ad-din tetapi hanya ritual agama semata-mata. Sebagai satu contoh, agama Islam sebagai agama rasmi hanyalah sekadar sisipan doa pada permulaan acara rasmi kerajaan, tidak lebih dari itu. Sedang masih banyak acara yang tidak mengambarkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Walhal, Islam bukan sekadar ritual agama tetapi merupakan cara hidup meliputi ekonomi, politik, sosial, perundangan dan sebagainya. Cuba fikirkan berapa peratuskah tuntutan agama ini dipenuhi dalam kehidupan kita ini?
Baca selengkapnya......
Sabtu, Ogos 22, 2009
Ramadhan Al Mubarak
Ahad, Ogos 16, 2009
Bahasa Melayu, Bahasa Penyatuan
Khamis, Julai 23, 2009
Memperkukuh pendirian, Menerang Jalan
- Pada hari ini saya membuat satu ketetapan dalam meneruskan perjuangan mendaulatkan agama dan bahasa bangsa yakni dengan menukar nama blog ini kepada "Akar Bangsa" daripada nama asalnya Mahfuza Mahmud.
- Perubahan ini merupakan satu tanda pengukuhan kepada wajah blog ini yang bercitrakan perjuangan mendaulatkan agama Islam dan bahasa bangsa Melayu.
- Kenapa "Akar Bangsa" yang saya pilih sebagai nama baru blog ini? Jawapannya kerana dua elemen penting yang menjadi akar bangsa Melayu ialah agama Islam dan bahasa Melayu. Jadi Blog ini akan menjurus kepada perjuangan mendaulatkan dua elemen penting bangsa Melayu ini. Oleh sebab kedua-dua elemen ini merupakan akar kepada bangsa Melayu maka saya telah mengambil keputusan menamakan blog ini kepada "Akar Bangsa"
- Jadi selepas ini arah tuju dan pengisian blog ini akan lebih menjurus kepada perjuangan meninggikan agama Islam dan bahasa Melayu. Insyaallah.
Selasa, Julai 21, 2009
Renungan
Rabu, Julai 08, 2009
Dasar PPSMI dimansuhkan
Selasa, Julai 07, 2009
Saat Mendebarkan
Jumaat, Julai 03, 2009
Kakitangan Sokongan vs Guru
Rabu, Jun 24, 2009
Teruskan Perjuangan
Isnin, Jun 01, 2009
Keberkatan Ilmu yang Dilupakan
Rabu, Mei 27, 2009
Ujian dan Dugaan
Ahad, Mei 17, 2009
Selamat Hari Guru
Selasa, Mei 05, 2009
Harapan Kembali Berputik
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung keputusan pengajaran PPSMI merupakan sesuatu yang amat melegakan. Menurut beliau keputusan hasil rundingan meja bulat bukanlah penanda aras yang tepat amatlah kita sokong. Jelasnya kajian daripada pelbagai pihak perlu diteliti dengan sempurna sebelum kerajaan memutuskan seseuatu keputusan. Kita amat mengharapkan kekusutan ini akan terungkai dan natijah akhirnya akan menguntungkan anak bangsa kita kelak.
Baca selengkapnya......Ahad, Mei 03, 2009
Terjemahan
Ahad, Mac 15, 2009
Sekalung Tahniah
Tatkala tanggal 7 Mac lalu hati dan perasaan saya amat bangga dan sayu kerana masih ada lagi para pejuang yang berani dan cekal dalam mendaulatkan bahasa Melayu yang kian terpinggir. Tahniah diucapkan kepada para pejuang yang telah berpedih mata turun di jalanan demi kelangsungan hidup bahasa kebangsaan. Begitulah lumrahnya arena perjuangan, terpaksa mengharungi onak dan duri. Jika ingin terus berjalan galak di permaidani gebu jangan bicara soal perjuangan. Nyata, kini kita kenal siapa pembela bangsa dan bahasa dan siapa pengkhianat kepada perjuangan ini.
Meski ada suara sinis yang menyatakan sia-sianya perjuangan ini maka hendaklah kita katakan kepada mereka bahawa perjuangan ini tidak sia-sia. Malahan saya percaya perhimpunan itu pasti membekas kepada hati dan minda pihak yang kita tujukan protes. Justeru, diharap agar perhimpunan itu kelak akan melembutkan benak para penguasa untuk kembali ke jalan perjuangan datuk moyang kita dahulu kala yang berkeringat dan berdarah memerdekakan bahasa kebangsaan dari lumpur penjajahan. Moga-moga perjuangan ini kelak menjadi ingatan kepada cucu cicit kita agar mereka mengenal bahawa bahasa mereka dulunya pernah dihinjak tetapi telah diselamatkan oleh para pejuang bahasa sejati. Wassalam
Ahad, Februari 22, 2009
Ilmu
"Apabila mendengar azan bangun serta-merta walau dalam keadaan bagaimana sekali pun," kata asy-Syahid Imam Hasan al-Banna lewat wasiatnya yang pertama.
"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.
Jumaat, Februari 20, 2009
Apakah Pentingnya Bahasa Melayu itu?
Khamis, Februari 19, 2009
Bahasa
Rabu, Januari 28, 2009
Lawatan Ke Melaka
Pada 26 dan 27 Januari 2009, saya dan keluarga bercuti ke Melaka. Trip kali ini sebenarnya dah lama dirancang tapi baru kali ni menjadi. Mula-mula nak ke Penang masa cuti ni tapi akhirnya kembali ke plan asal pi Melaka. Hari Pertama semuanya ok. Macam dirancang tapi di Melaka sedikit hujan. Cuma di sini nak beri komen pasal Taman Mini Malaysia & Asean macam tak berbaloi bayar 12.00 per kepala sebab banyak rumah terutama Rumah Asean tidak diselenggara. Memang sedih tengok keadaan tu, sebab idea Taman tu bagus. Tapi macam biasa budaya kat Malaysia ni macam tak ada budaya menyelenggara. Masa bina ok tapi lepas tu tak boleh nak kekalkan. Apa-apapun lawatan di Melaka satu pengalaman yang menarik. Boleh dikatakan semua tempat menarik di Melaka kami kunjungi.
Baca selengkapnya......Khamis, Januari 15, 2009
Catatan Peristiwa 15 Januari 2009
Hari ini aktiviti sekolah berjalan seperti biasa. Cuma hari ini bermula aktiviti kokurikulum. Kehadiran pelajar seperti dijangka, kurang memuaskan, daripada 12 orang ahli cuma tujuh orang ahli hadir pada perjumpaan pertama ini(oklah cukup korum untuk buat AGM). Harap-harap selepas ini pelajar semakin bersemangat terutama dengan kemasukan pelajar tingkatan 4. Isu semasa pulak masih lagi berkisar tentang isu Palestin. Tak tahulah bila akan berakhirnya penderitaan rakyat Palestin. Yang pastinya ini mungkin juga ujian Allah kepada kita. Allah nak lihat sejauhmana tindakan dan sikap kita terhadap masalah ini. Kalau tak rasa apa-apa, maknanya kita masih jauh dari memahami erti persaudaraan dalam Islam. Allahualam.
Baca selengkapnya......Selasa, Januari 13, 2009
Sesi Persekolahan 2009
Kini telah seminggu sesi persekolahan bermula. Tahun ni tak tahu lagi sama ada sibuk atau tidak. Tapi yang pastinya dalam jadual peribadi memang agak sibuk dengan 26 waktu seminggu. Namun untuk dua bulan pertama ni agak relaks sebab pelajar tingkatan empat belum lagi mendaftar. Kemungkinan pendaftaran pelajar tingkatan empat pada 23 Feb. 2009. Apa-apapun tahun baru semangat kena baru.
Baca selengkapnya......